1947 Sang Saka Malaya DIKIBAR DI LUAR NEGARA…
September 13, 2012
Dr Burhanuddin ketika mengetuai perwakilan Malaya ke Persidangan Asian Relations Conference di New Delhi pada tahun 1947.Ketika inilah bendera Sang Saka Malaya kali pertama dikibarkan di luar negara.
Sejak tahun lalu aku rasakan kemerdekaan di negara kita Malaysia yang dicintai ini semakin mempunyai nilai tambah. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, apabila disebut tentang kemerdekaan, apa yang tergambar di minda hanyalah laungan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman. Sesekali terbayang juga nama-nama pejuang kemerdekaan lain seperti Tok Janggut, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela namun yang lebih sinonim di dalam benak kepala ini selepas lebih 20 tahun mengenali ‘merdeka’ dari kaca TV adalah Tunku Abdul Rahman.
Namun sejak isu ‘Mat Indera’ dimulakan pada edisi merdeka tahun lalu, aku mula menyelam sendiri erti sejarah kemerdekaan yang sebenar.
Pada kemerdekaan tahun ini isu yang hangat diperkatakan ialah isu bendera ‘Sang Saka Malaya’. Aku tidak berminat dengan isu hendak tukar bendera atau tidak, tetapi yang lebih berminat aku apakah sejarah di sebalik bendera ini. Berdasarkan pembacaan aku, ada beberapa fakta yang kurang tepat daripada penulis pro-kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat. Jadi kepada semua pembaca, jadikan penulisan ini untuk perbincangan ilimiah dan bukannya politik.
Pertama sekali, rekabentuk Sang Saka Malaya yang dibawa oleh beberapa peserta perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu bagi aku kurang tepat. Rekabentuk bendera yang dibawa oleh mereka ialah bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu. Manakala rekabentuk Sang Saka Melaya yang diumumkan pada 11 November 1947 di Singapura adalah berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan 12 negeri di bawah Tanah Melayu. Bendera itu kemudiannya dikibarkan buat pertama kali di Bangunan Malayan Democratic Union, Singapura.
Menurut blogger Tukar Tiub, Hishamuddin Rais bendera ini kemudiannya dikibarkan semasa Persidangan Afro Asia 1947 di New Delhi. Jika beliau maksudkan persidangan Asian–African atau Afro–Asian Conference atau lebih dikenali sebagai Persidangan Bandung ia agak kurang tepat. Persidangan Afro Asia pertama kali diadakan pada 18 April 1955 di Bandung, Indonesia.
Yang lebih tepat ialah persidangan Sidang Serantau ataupun Asian Relations Conference Asia pada penghujung tahun 1947 di New Delhi. Menurut buku karangan Kamarudin Jaffar, Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam, Dr Burhanuddin telah mengetuai perwakilan Malaya dalam persidangan ini. Laporan KLpos juga mengesahkannya seperti di bawah:
Kehadiran Dr Burhanuddin yang memegang jawatan Penasihat PKMM telah membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.
Berdasarkan sumber maklumat yang terhad, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu Bendera Malaya yang pertama direkabentuk pada tahun 1947 tetapi rekabentuknya tidak sama seperti yang dibawa oleh peserta Janji Demokrasi tempohari. Kedua berdasarkan laporan dan rujukan KLpos, bendera ini juga dikibarkan di luar negara oleh wakil Malaya iaitu Dr Burhanuddin juga pada 1947.
Bagaimanapun isu ini masih terbuka jika ada bukti gambar dan dokumentasi lain. Perbincangan sentiasa terbuka untuk generasi muda mengenali sejarah tanah air Malaysia yang dicintai ini.
October 3, 2012 at 2:23 pm
“Namun sejak isu ‘Mat Indera’ dimulakan pada edisi merdeka tahun lalu, aku mula menyelam sendiri erti sejarah kemerdekaan yang sebenar.”
Kalau kita menyelam di sungai yg airnya jernih..Semuanya kita akan nampak dgn jelas…Tetapi kalau kita menyelam di kolam IWK…keruh je yg kita dapat dan nampak pun yg ketul ketul.
Begitu jugalah dalam mencari fakta fakta.
Jangan salah tempat kita menyelam..ketul ketul je yg kita nampak.
Negara ini dah aman dah dan dah betul perjalanan nya.Jgn lah nak memandaikan diri membengkokkan jalan yg dah lurus.
Agaknya tak nyenyak tido malaun ni ye.,selagi negara kita ni tak jadi mcm Syria.
Malaun ni seumpama negara negara barat yg takkan puas dan tak lena tido jika org yg mereka tak suka ini di gulingkan.
Sebab tu la mcm mcm fakta dia tulis utk mengapi apikan org lain..
Go..Blog
December 25, 2013 at 2:33 am
Terima kasih atas perkongsian anda.
Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee