sahabat~kekasih

April 29, 2019

Aku sering berfikir, antara SAHABAT & KEKASIH, siapakah yang kita terima dan kasihi dahulu?? Siapakah yang sering kita kongsikan cerita?? Siapa pula yang sering menggembirakan kita tatkala duka nestapa?? Dan siapa yang sanggup berkorban untuk kesenangan dan kesusahan kita?? Siapa pula yang lebih penting?? Dan madahku bermula…

Sahabat…
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang tak bertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat…
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih…
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat….
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih…
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat…
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih…..erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..

Betulkan, antara sahabat dan kekasih, banyak perbezaan… dan ade juga persamaan. Cube anda tanpa SAHABAT, Bagaimana rasanya??? tapi jika anda tanpa KEKASIH, anda tetap ada seorang SAHABAT yang sudi bersama anda hingga akhir hayat..

Saat yang ditunggu-tunggu..makin menghimpit perasaan yang serik..berdiri duduk di sudut pintu..membiarkan diri ini bersembunyi tanpa dipandang oleh sesiapa..masih berharap memalingkan muka dicelahan agar yang datang diterima kunjungan..malahan penantian tidak mendatangkan satu espisod pengharapan di setiap celahan udara pinu malam..masih berdiri sedang disudut sana terlihat sekuntum mawar yang pudar warnanya diwaktu malam..mugkin kerana harumannya tidak seharum dulu hingga tidak dapat dirasai oleh deria kurniaan..pandangan mawar yang belum dapat mengelipkan mata sehinggakan mata merasa pedih lalu mengalir air mata dari kepedihan itu..tidak mungkin ingin menutup mata agar linangan itu tidak jatuh membasahi pipi yang kering..dibiarkan agar rasa sakit itu hilang oleh kebasahannya..namun tidak hilang sekiannya..duri-duri mawar yang kabur seakan menambahkan lagi rasa keperitan di mata turun ke dalam hati..lamunan bersama mawar terganggu menyedarkan diri..kulihat bayang-bayang yang berjalan mengharap sesuatu yang diharapkan..namun siapakah gerangan insan yang datang disebalik bayang itu? sunguh aku tak mampu melihat dengan mata kepedihan..dan berlalulah ia menyangkan tiada penghuni didalam kesedihan….

Amer49

 

Ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta

Kau melihat langit membentang lapang

Menyerahkan diri untuk dinikmati, tapi menolak untuk dimiliki

Ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta,

Aku melihat nasib manusia

Terkutuk hidup di bumi

Bersama jangkauan lengan mereka yang pendek

Dan kemauan mereka yang panjang

Ketika aku bertanya kepadamu tentang cinta,

Kau bayangkan aku seekor burung kecil yang murung

Bersusah payah terbang mencari tempat sembunyi

Dari mata peluru para pemburu

Ketika kau bertanya kepadaku tentang cinta

Aku bayangkan kau satu-satunya pohon yang tersisa

Kau kesepian dan mematahkan cabang-cabang sendiri

Ketika ada yang bertanya tentang cinta,

Apakah sungguh yang dibutuhkan adalah kemewahan kata-kata

Atau cukup ketidaksempurnaan kita?

Merindu senja yang dulu

February 19, 2019

Aku cemburu pada burung-burung itu..mereka enggan membawa salam-salam rindu..Pulang petang bersama wajah-wajah cinta yang beradu..jejak mereka melengkar mencari syurga yang dituju..kicawan merdu melampaui syair lagu rindu..

Wajah senja kini tidak lagi bersama seperti dahulu..Awan kelabu menutupi rasa malu yang semakin terasa kelu..Berbisik-bisik hati menjadi peneman..Terbang bersama awan yang mendung..mencuba membimbing hati yang rapuh..membawa berat rindu yang dulu..

Bias aroma kopi masih menebar kepiluan..tak sanggup untuk memberi rasa..hanya menunggu detik masa..mengikis rindu dengan perasaan hampa..dan musim ini telahpun pergi..