Hilang
April 16, 2019
Hi semua…rasanya dah bertahun dan blog ni menyepi kan..dikesemptan ini elok rasanya kalau aku cerita serba sedikit berkenaan blog ni..Asalnya aku bukanlah seorang blogger..tengok posting dalam blog ni pn dah tau yang aku bukanlah kutu blog..Aku berjinak-jinak dengan blog ni disebabkan geng geng ukhwah.com la..dulu aku ade la join satu protal islamik..ukhwah.com…rasenyer ade lagi blog tu dalam search engine google..aku join protal tu sejak tahun 2002 sampailah sekarang..btw aku ni kira orang yang terawal la yang join protal tu..kat situ banyaklah ilmu agama yang aku dapat disamping berkenalan dengan kawan-kawan dari universiti yang lain..paling banyak yang join protal tu budak UIA..time tu aku dok kat Politeknik Dungun Terengganu. So bangga la jugak dapat kawan2 dengan budak-budak pandai kan. aku ni bukanla pandai sangat pn…ase-ase jer…dekat protal ukhwah.com tu nick name aku bukanla aku letak sepertimana nama aku dalam blog ni. so aku kene rahisakan nick name aku kat sana. sebab apa kene rahisakan, tu korang jangan banyak tanya la. korang baca je la. benda bukan penting pn kan. so bertahun menyemai kasih memupuk ukhwah dalam protal tu, banyak jugak la aktiviti yang kiteorang buat. dah tak ingat dah aku ape name aktiviti tu, salah satu yang aku ingat JK hospital. Aku ingat sebab masa aktiviti tu aku jadi urusetia untuk program tu. Dalam protal tu banyak la isu yang dibincangkan antaranya soal agama, isu semasa, pengehtahuan am, politik, tazkirah, dan macam-macam lagi la. tapi biasa la setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Ukhwah.com makin lama makin suram. Sebab ape?? bagi aku ada dua sebab protal ni mengalami kemerosotan. 1st is dengan kehadiran facebook (jilake punye mark apasal la kau buat facebook ni) dan 2nd is…mcm biasa la..its about politic dalaman ukhwah itu sendiri. Setiap organisasi mesti la ada badan pentadbiran dia kan. so paham-paham je la. nak cakap lebih takut kene kecam, so biarlah dorang. Cuma aku bangga jadi ahli protal ni sebab selalu je nama protal ni disebut-sebut dalam radio IKIM. bangga tu, mana tak bangga sebab aku pn salah sorang moderator dalam protal tu..hehehehe..So, nak dipendekan cerita. Barisan moderator ni pn berpecah dua. So ramailah moderator yang angkat kaki dari protal ni..termasuk la jugak aku. Tapi nasib baik nick name aku ade lagi dalm protal tu.
So bile dah tak ade dalam protal tu, semua kawan2 yang satu kepala ni buat la blog. Aku pn kire terjebak la juagak. Mula-mula aku pakai blogspot, tapi dia punya setup macam susah je. Aku nak post ape-ape pun tak reti. So aku beralih la dekat wordpress ni..dan Alhamdulillah bertahan sampai sekarang, walaupun sawang-sawang dalam blog ni aku tak habis nak besihkan, tapi still utuh jugak blog aku ni kan. Aku tak tahu la kawan-kawan aku yang lain ni still aktif lagi atau tak. Aku gi stalker dorang punya blog..hmmm..bersawang jugak..Maybe masing-masing dah kawin kan. Sibuk dengan keluarga masing-masing. Aku pn x kisah kalau aku syok sendiri dalam blog aku ni. Biar apa..orang kata (ceh ternyanyi pulak lagu spider)..tapi aku x amik peduli la..And ape yang aku harapkan agar aku jumpa balik kawan-kawan blog aku ni. rindu la pulak dengan dorang. So ape2 pn dah almost 10years dah blog ni. InsyaAllah aku akan kembali aktif dalam blog ni.. Doakan yang baik-baik je..
Ok oleh kerana jam dah lewat..kerja pn dah siap..aku nak tido dulu la. Hari ni aku tido kat office. Perjalanan dari degkil ke damansara jauh bai. Mata dah ngantuk. Esok masuk keje pukul 8 pagi..kalau ade kawan-kawan yang sudi menegur..InshaAllah akan aku balas teguran korang tu..Sebelum aku chow aku nak senaraikan kawan-kawan seperjuangan aku semasa dalam ukhwah.com sekian lama..
UmarKhalil, Azrul, Mohammad, Aziemi, Terover, Nur Indah, Simple Shida, Serikandi Khaulah, Daeng Jati, Aidilshah, Naza Firman, Hanan, Salafia, Khalifah, Prof Muslim, Engku Salina, Salafian, Cikgu Ayu, Ardini, Muttaqin, Mujahid, Rumaisaa, Nurul Iman, dan lain2 lagi..You Always in my mind….
Adios….Amigoss…Assalamualaikumm…..
AmerFikri….