Futsal
June 14, 2009
Malam ni begitu memenatkan, lepas balik dari kuliah. Terus sahaja disuuh main futsal. Dalam keadaan kelang kabut. Terus ana menyiapkan diri untuk bersolat dan terus bersiap untuk futsal. Perjalanan untuk ke sport seven di wangsa maju begitu sesak, jam menunjukkan pukul 8.20. Janji pukul 8.30. Begitulah rata-ratanya janji melayu. Bukan untuk memperlekehkan, tetapi secara realitynya itulah yang terpaksa ditelan..
Setelah tiba, permainan telah berjalan. ana bergegas bersalin pakaian. memang seronok bile main. skill yang ana buat seolah-olah seperti lionel messi dari barcelona (ceh berangan la pulak). walaupun team ana kalah namun keseronokan tak dapat digambarkan. maklumlah dah 3 bulan tak sentuh bola.
tepat pukul 10 malam permainan ditamatkan. memang letih sesangat la. Tak tahu la esok boleh bagun ke tak nih. esok nak balik senawang pulak tu.. harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.
Ya Allah. permudahkanlah urusanku. Kau lindungilah aku dari perkara-perkara yang menjauhkanku dari mentaati mu. Kerana kaulah yang maha agung dan maha merubah.
nukilan,
amirul
copyight control by
muslimin23 coperation
Walimah azeimi
June 13, 2009
Sudah sekian lama tiada apa-apa aktiviti yang ana joint. terasa biring dan sunguh sunyi..iye la asyik kerja-kerja dan terus menerus kerja..nak jaga account la, nak jaga maintanence la, nak jage renovation la. Apa pun ana bersyukur kerana dapat lagi mencari rezeki berbanding sahabat-sahabat ana yang sekarang ini menganggur. Moga-moga akan kehendaknya sahabat yang menganggur akan dapat memperoleh rezeki yang melimpah kurniaan dari Allah s.w.t.
Pada tarikh 6 Jun 09, seperti yang dijanjikan jam 10.00 pagi akan berkonvoi dari bangi ke rumah zaujah azeimi. ana yang tinggal di seremban hanya perlu tunggu di stesyen petronas bukit putus untuk menunggu kehadiran konvoi dari bangi. Jam menunjukkan pukul 10.30. ana yang berada di rumah lagi sudah mengagak yang konvoi dari bangi belum lagi bertolak. Tunggu punya tunggu 11.30 am baru konvoi dari bangi bertolak. Selepas bersiap ana terus ke rumah marul untuk mengambilnya. Smart jugak dressing yang marul kenakan.
Tepat jan 12.oo tengah hari barulah konvoi dari bangi sampai di petronas bukit putus. Sempat lagi kami bertaaruf. Biasa la lelaki kab..kalau tak taaruf lebih-lebih meemang tak sah. Selepas selesai taafuf kami teruskan konvoi ke rumah zaujah azeimi. Ape yang touchingnyer kereta ada tak ade reben biru. Si umar pun satu dah tahu banyak kereta yang involved mase konvoi tu, bukannye dier nak buat lebih sikit reben biru tu. tapi tak ape bile tengok satu kereta konvoi yang dekat hujung arial dia tak ade reben biru, so kire ade geng la ni. buat jer selamber.
Tepat sahaja pukul 1.00 petang konvoi kami pun selamat sampai di perkarangan rumah orang kawin. Kelihatan saudara azeimi yang berbaju emas berkilawan sedia untuk berarak untuk masuk ke rumah pengantin perempuan. Jelas kelihatan air muka azeimi begitu gembira dengan apa yang dimilikinya sekarang. Sempat juga kami melambaikan tangan kepada azeimi sebagai isyaat ingin memberitahu konvoi ukhwah-online telah pun sampai. Kesibukan azeimi pada majlis tersebut tidak memberi peluang bagi kami untuk bersalaman dengannya. Dengan muka yang selamba dan cheft leader yang agak giler-giler (orang palong) kami menebalkan muka untuk terus duduk dan makan. Makanan tak usah nak cakap la. Walaupun nasi minyak yang dihidangkan. Masakan asal nogori turut juga dimasak (daging salai masak lemak cili api). Dapat di lihat daeng amat menyukai masakan ini. Boleh la nanti daeng cari orang nogori yang pandai masak daging salai ek. huhuhuhu.. Banyak jugak topik perbualan sahabat-sahabat semua semasa menjamah makanan. ade yang sensitif dan ade pulak yang drop mendrop sahabat-sahabat lain. lebih lebih lagu umar khalil.(ekau jangan ingat kampung ekau dokek ko buleh pangkoh-pangkoh orang umar. sikit maso gilran ekao pulak)
Selesai sahaja makan azeimi pun datang menyambut kami, Alhamduillah dapat jua berjumpa dengan pengantin baru. Dari mata azeimi, dapat merasakan kesibukan dan kepenatannya. maklumlah dari miri ke rawang, dan dari rawang pula ke kuala pilah. Memang seorang yang bermusafir. Di kesempatan itu juga, tidak juga kami lepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama pengantin baru. Ni aktiviti paling pebret sahabat-sahabat ukhwah. boleh dikatakan masa bergambar seakan-akanĀ warga ukhwah-onlinelah yang memonopoli majlis walimah tersebut. Semua tetamu tertumpu pada kami. Nak cakap malu tu ade la sikit, ye la majlis orang kite buat macam majlis sendiri jer. Tapi ketebalan muka ku ini dapat juga disorok i celah-celah muka sahabat yang lain. (low profile la pulak aku nih)
Selepas sahaja bergambar, perancangan untuk balik terpaksa dibatalkan. ini disebabkan muka Umar Khalil yang sungguh touching bila diberitahu ana tak dapat joint konvoi ke rumahnya. Nak tak nak kene la pergi. Perjalanan ke rumah UK nak cakap jauh tak la jauh tapi akibat kekenyangan yang dekat pun boleh jadi jauh. Maklumlah mata mengantuk katakan. Dalam perjalann, banyak juga perkara yang ana bincang bersama marul. agama, falsafah, pemikiran, sejarah islam, tokoh-tokoh islam, hal peribadi, isu semasa dan banyak lagi. Oleh kerana kereta ana hanya dinaiki ana dan marul, so perbincangan kami amat selesa dan tiada sempadan. dan keseleaan itu kami nikmatinya dan kami gunakan sebaik-baiknya untuk segala perbincangan yang menyentuh isu-isu seperti yang dinyatakan tadi.
Kami singgah di sebuah masjid (kalau x silap di rompin) untuk tunaikan solat dzuhur. Disitulah ana ditegur oleh kak yati pasal bergambar. (dah lame x jumpe kawan-kawan kak so, ni la time dier. Jangan marah ye kak. Mintak halal dunia dan akhirt hehehehe.)
Sampai sahaja di rumah UK, kami turut dihidangkan dengan bubur kacang dan pencuci mulut nya buah tembikai. Berserta minuman oren (kalu tak silap la). So sesi mendropkan umar dirancang tetapi dapat dicover dengan cemerlang oleh UK. Sembuah family yang bahagia bagi ana. Ayahnya seorang yang mudah ramah, tidak lupa kepada bonda UK yang pandai masak bubur kacang dan bagi ana seorang penayang. Sebelum kami berangakat pulang, sempat lagi sahabat-sahabat menjolok buah bacang di belakang rumah UK. Paling semangat mohammad dengan azrul, sampai berebut-rebut galah nak jolok buah.
Sesi terakhir kami adalah salam perpisahan. Haluan kami berbeza, ana akan ikut jalan kuala pilah dan yang lain akan ikut highway Ayer Keroh. Entah bila akan berjumpa lagi, itu tidak pasti. Ana dan marul berangkat terlebih dahulu dan tepat jam 800 malam ana selamat sampai di rumah. Semasa dalam perjalanan balik biarlah hanya ana dan marul menyimpan memori tersebut. Apa yang penting pada hari itu semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. Semoga berjumpa di walimah sahabat-sahabat lain yang akan datang. salam tinta dari ana. dengan rasa dhaifnya ana akhiri catatan perjalanan ini dengan Assalamualaikumm
Sahabat yang hadir semasa walimah:
muslimin:
Daeng Jati, Umar Khalil, Marul, Sirat, Bukhari, Mujahid007, Trouver99,Mohammad Azrul, Haslan, Mohammad, Sayatetapsaya, muslimin23.
muslimah:
kak sadiqah, serikandi_khaulah, syahidatul, adrani, dan lain-lain lagi yang ana tak ingat nama dan nick name beserta rupa….