Peristiwa 4 Mac 1946
November 16, 2013
http://imageshack.us/photo/my-images/24/z86potretsultansulaiman.jpg/
Nampak gambar atas tu? Nampak mmg sebijik org bangsawan Melayu kan? Tapi ingat org tu bukan kat sini tapi kat Sumatera. Beliau adalah Sultan terakhir dari kesultanan Melayu Serdang di tgh Sumatera.
Aku adala buat amatur punya research sket, nama beliau adalah Sultan Sulaiman Syariful Alam Shah (1870-1946). Tarikh kematiannya adalah 1946. Apasal 1946? Sebab kat Sumatra tahun 1946 adalah peristiwa besar.
Pertama, rakyat Indonesia sedang melawan Belanda dan kedua pembunuhan besar2an keluarga kesultanan Melayu di Sumatera…bukan Kesultanan Serdang saja tp banyak lagi seperti Kesultanan Asahan, Deli, Langkat dan selebihnya aku lupa.
Sultan Serdang seperti gambar di atas dipercayai telah dibunuh oleh perusoh2. Dari beberapa artikel yg aku baca peristiwa ni berlaku dalam satu malam saja iaitu pada 4 Mac 1946. Bukan Sultan saja dibunh malah seleuruh ahli keluarga mereka termasuk kerabat2 mereka.
Malah yg ada title Wan dan Tengku juga habih dibunuh. Yg perempuan malah puteri2 Sultan diperkosa dan kemudian dibunuh…kalo tgk srupa je macam Bosnian genocide.
Kat Sumatera pulak, Belanda paksa beberapa Kesultanan Melayu kat sana akur dlm perjanjian dgn Belanda, kerana sesuatu sebab kesemua kesultanan Melayu ni akur dan Parti Komunis Indonesia (PKI) yg sama berjuang dgn Sarekat Islam dan Sukarno utk mengahalau Belanda telah me warwarkan pada rakayat Sumatra bahawa Sultan2 ini telah khianat kpd perjuanagn memerdekakan Indonesia Raya.
Sukarno dan Sarekat Islam tak sempat nak buat apa2 utk membendung rusuhan yg dibuat oleh PKI tu sebab mereka terpakasa berhadapan dgn tentera Belanda di pulau Jawa. Sudahnya habis segala keturunan, istana2 termasuk budaya kesultanan Melayu hancur.
PKI punya kerja maaanyak bagus yaa kat sana, serupa PKM punya kerja kat sini…manyaaak maaanyak bagus!!! selama 2 dekad PKI cuba lagi…tak cukup dgn kehancuran Kesultanan Melayu Sumatera, Jeneral2 besar Indonesia pun dibunuhnya dalam peristiwa Lubang Buaya pasai utk mendapat kuasa.
Jeneral Suharto yg sudah cukup bersabar sejak sekian lama bertindak balas dgn menggulingkan Presiden Sukarno yg mula terpengaruh dgn ideologi Komunis ni dan sudahnya seramai 2 juta anggota Parti Komunis Indonesia terbunuh dlm konflik dgn kerajaan Indonesia.
Itulah sebabnya semasa sukan SEA Palembang lalu, kita tgk budaya dia saling tak tumpah macam budaya melayu di Malaysia…..
1947 Sang Saka Malaya DIKIBAR DI LUAR NEGARA…
September 13, 2012
Dr Burhanuddin ketika mengetuai perwakilan Malaya ke Persidangan Asian Relations Conference di New Delhi pada tahun 1947.Ketika inilah bendera Sang Saka Malaya kali pertama dikibarkan di luar negara.
Sejak tahun lalu aku rasakan kemerdekaan di negara kita Malaysia yang dicintai ini semakin mempunyai nilai tambah. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, apabila disebut tentang kemerdekaan, apa yang tergambar di minda hanyalah laungan ‘Merdeka’ oleh Tunku Abdul Rahman. Sesekali terbayang juga nama-nama pejuang kemerdekaan lain seperti Tok Janggut, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela namun yang lebih sinonim di dalam benak kepala ini selepas lebih 20 tahun mengenali ‘merdeka’ dari kaca TV adalah Tunku Abdul Rahman.
Namun sejak isu ‘Mat Indera’ dimulakan pada edisi merdeka tahun lalu, aku mula menyelam sendiri erti sejarah kemerdekaan yang sebenar.
Pada kemerdekaan tahun ini isu yang hangat diperkatakan ialah isu bendera ‘Sang Saka Malaya’. Aku tidak berminat dengan isu hendak tukar bendera atau tidak, tetapi yang lebih berminat aku apakah sejarah di sebalik bendera ini. Berdasarkan pembacaan aku, ada beberapa fakta yang kurang tepat daripada penulis pro-kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat. Jadi kepada semua pembaca, jadikan penulisan ini untuk perbincangan ilimiah dan bukannya politik.
Pertama sekali, rekabentuk Sang Saka Malaya yang dibawa oleh beberapa peserta perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu bagi aku kurang tepat. Rekabentuk bendera yang dibawa oleh mereka ialah bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu. Manakala rekabentuk Sang Saka Melaya yang diumumkan pada 11 November 1947 di Singapura adalah berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan 12 negeri di bawah Tanah Melayu. Bendera itu kemudiannya dikibarkan buat pertama kali di Bangunan Malayan Democratic Union, Singapura.
Menurut blogger Tukar Tiub, Hishamuddin Rais bendera ini kemudiannya dikibarkan semasa Persidangan Afro Asia 1947 di New Delhi. Jika beliau maksudkan persidangan Asian–African atau Afro–Asian Conference atau lebih dikenali sebagai Persidangan Bandung ia agak kurang tepat. Persidangan Afro Asia pertama kali diadakan pada 18 April 1955 di Bandung, Indonesia.
Yang lebih tepat ialah persidangan Sidang Serantau ataupun Asian Relations Conference Asia pada penghujung tahun 1947 di New Delhi. Menurut buku karangan Kamarudin Jaffar, Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam, Dr Burhanuddin telah mengetuai perwakilan Malaya dalam persidangan ini. Laporan KLpos juga mengesahkannya seperti di bawah:
Kehadiran Dr Burhanuddin yang memegang jawatan Penasihat PKMM telah membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.
Berdasarkan sumber maklumat yang terhad, beberapa kesimpulan dapat dibuat iaitu Bendera Malaya yang pertama direkabentuk pada tahun 1947 tetapi rekabentuknya tidak sama seperti yang dibawa oleh peserta Janji Demokrasi tempohari. Kedua berdasarkan laporan dan rujukan KLpos, bendera ini juga dikibarkan di luar negara oleh wakil Malaya iaitu Dr Burhanuddin juga pada 1947.
Bagaimanapun isu ini masih terbuka jika ada bukti gambar dan dokumentasi lain. Perbincangan sentiasa terbuka untuk generasi muda mengenali sejarah tanah air Malaysia yang dicintai ini.
JANGAN BERBOHONG TENTANG FAKTA SEJARAH KEMERDEKAAN…
August 27, 2012
Setiap tahun – pada bulan Ogos – rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh Umno (untuk melayu no otak) tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.
Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.
Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.
British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Umno telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.
Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.
Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat pun. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini sejarah bukan kelentong.
Di mana UMNO waktu itu? Tak wujud pun lagi.
Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , Umno belum pun wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyusun gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka belajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.
Ini sejarah bukan kelentong.
Dimana Umno? Tak de lagi.
Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!
Apa slogan Umno …. Ciiitttt nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin mereka di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !
Ini sejarah bukan kelentong.
Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, Umno buat apa ?….. pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.
British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British – lombong bijih dan ladang getah – di jaga dengan baik British telah mengangkat Umno untuk ‘ jadi budak suruhan’.
Ini sejarah bukan kelentong.
Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimantan Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.
British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Brunei.
Dalam masa yang sama Parti Rakyat Brunei yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Brunei. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Brunei menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Brunei tidak masuk dalam gagasan Malaysia.
Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.
Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam – adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.
Ini sejarah bukan kelentong.
Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Tahlah setahu aku tarakkkkk!!
Rakyat Sabah dan Sarawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil kisah pun tentang 31 Ogos. Parti Umno pun tak diterima di Sarawak sehingga ke hari ini…Apa sebab..? ..Lu pikirlah sendiri…
Ini pun sejarah juga…bukan kelentong
Sebab tulah Malaysia ni termasuk didalam negara-negara Komanwel. Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini dan semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel. Maknanya negara-negara yang merdeka dibawah jajahan British akan mengikut acuan yang telah dibentuk oleh British. Dari sudut fisikalnya memanglah kita dah dimerdekakan oleh British tetapi British dah meninggalkan satu legasi yang kekal iaitu Perlembagaan Persekutuan yang ditulis oleh Lord Reid yang menjadi acuan pemerintahan di negara kita.
Ini pun sejarah juga…..
JANGAN JADI BARUA BRITISH
1 – British memberikan kuasa kepada Umno pada 31 – ogos 1957
2 – Rumah pasong Bukit Kepong diserang pada 23 februari 1950
3 – Mata- mata @ Polis dapat ‘diraja’ pada tahun 1958
4 – Menjadi polis diraja persekutuan pada tahun 1963
5 – Ketika rumah pasong Bukit Kepong diserang ketua polis bernama SIR ARTHUE E.YOUNG – ini bukan nama
melayu
jangan jadi BARUA
mana ada sangkut paut pdrm
mana ada sangkut paut dengan diraja
janganlah bodoh kan orang melayu
orang melayu dah ramai bodoh
ini kita nak bodohkan lagi
cerahkan pemikiran orang melayu
jangan di bonsaikan pemikiran melayu
jadikan melayu bijak berfikir
bila melayu bijak berfikir
melayu akan tendang gerombolan
UNTUK MELAYU NO OTAK ini…ini PASTI……hu hu
Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: “Operation Service”, A. E. Young menegaskan pendekatan polis…….
Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama “Polis Diraja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police” dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia
Manusia Pertama Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara
August 12, 2012
Ibnu Firnas, Yang Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara Bukannya Wilbur dan Orville Wright Sebagaimana Sangkaan Kebanyakan Daripada kita..:-)
Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, mencipta dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon selepas 500 tahun setelah Ibnu Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.
Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan.
Ibnu Firnas atau nama sebenarnya, Abbas Qasim bin Firnas dilahirkan di Ronda, Sepanyol pada tahun 810 M. Dia dikenal sebagai orang Barbar yang ahli dalam bidang kimia dan memiliki daya kreatif dan kerap menciptakan barang-barang berteknologi baru saat itu.
Ilmuwan yang suka bermain muzik dan mengarang puisi ini hidup pada saat pemerintahan Khalifah Umaiyah di Sepanyol (dulu bernama Andalusia). Masa kehidupan Ibnu Firnas sezaman dengan masa kehidupan pemuzik Iraq, Ziryab.
Melakukan Cubaan Pertama Terbang Di Udara
Pada tahun 875 M, Ibnu Firnas telah membuat sebuah model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat lama tentang pesawat terbang.
Setelah menyelesaikan model pesawat terbang yang dibuatnya, Ibnu Firnas mengundang masyarakat Cordova untuk datang dan menyaksikan hasil karyanya itu. Beliau ingin melakukan percubaan terbang dari menara Masjid Mezquita dengan menggunakan sayap atau jubah tanpa lengan yang dipasangkan di tubuhnya.
Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan melakukan penemuannya. Namun karana cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat terbang buatannya. Beliau pun mengalami cedera belakang yang sangat parah. Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tidak berdaya untuk melakukan percubaan berikutnya.
Ada catatan yang menyebutkan, Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Beliau pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat terbang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan beliau gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.
Menara Masjid Mezquita di Cordova saat itu menjadi saksi bisu perwujudan konsep pertama pesawat terbang yang lahir dari pemikiran seorang muslim.
Cedera belakang yang tidak kunjung sembuh mengalihkan tumpuan Ibnu Firnas pada projek-projek penelitian dan pengembangan konsep serta teori dari gejala-gejala alam yang diperhatikannya.
Karya-karya baru pun bermunculan dari buah pemikiran Ibnu Firnas. mulai dari puisi, kimia, sampai astronomi, semuanya dipelajarinya dengan satu tujuan, iaitu mampu memberikan manfaat bagi umat manusia.
Di antara hasil karyanya yang monumental adalah konsep tentang terjadinya halilintar dan kilat, jam air serta cara membuat gelas dari garam. Ibnu Firnas juga membuat rantai rangkaian yang menunjukkan pergerakan benda-benda planet dan bintang. Selain itu, Ibnu Firnas pun menunjukkan cara bagaimana memotong batu kristal yang saat itu hanya boleh dilakukan oleh orang-orang Mesir.
Sayang, tidak lama setelah itu, tepatnya pada tahun 888 M, Ibnu Firnas wafat dalam keadaan berjuang menyembuhkan cedera belakang yang dideritanya akibat kegagalan melakukan pendaratan pesawat terbang buatannya.
Philip Hitti seorang sejarawan Arab berkata: “Ibnu Firnas ialah orang pertama dalam sejarah yang mencipta ilmu pengetahuan tentang pesawat terbang.”
Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibnu Firnas, seribu tahun sebelum Wright.
Libya mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina tugu bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq dan Lapangan Terbang Ibnu Firnas di utara Baghdad dinamakan sempena namanya.