Penghujung cerita kematian

October 8, 2020

Mati..tidak sering disebut tetapi sering terfikir didalam diri..puas sudah menongkah kehidupan dunia yang penuh dengan sensara. Inginkan bahagia tetapi derita sentiasa bersama. Cerita itu tidak habis untuk seketika, ia datang dan terus datang sepanjang masa. Disini membenci disana dimaki. Tiada kebahagiaan yg akan ku kecapi. Siapa bersalah??
Akulah yang bersalah. Karena adanya nafasku lagi..adanya denyut jantungku lagi..bergeraknya anggota badan ku lagi..ada yang benci..ada yang marah..ada yang iri dengan adanya nyawaku lagi..aku tak ingin hidup dibuai dengan kebencian dan makian yang sering hinggap dalam telinga ku..sering dipersembahkan dedepan pancaindera mataku..aku tak mampu untuk menanggung semua itu..setiap saat..setiap hari..setiap minit..setiap jam..setiap minggu..setiap bulan dan setiap tahun..aku tak mampu untuk menanggung..tiada kebahagiann dan ketenangan dapat aku kecapi dari riak perckapan dan memek muka yang mereka persembahkan..siapa yang bersalah??

Ya..aku yang bersalah..terlalu cuba untuk menjadi yang terbaik untuk mereka..terlalu untuk cuba membahagiakan hidup mereka..dan apabila aku silap..hilang semuanya bagi mereka..dari kaca mata mereka..kesensaraanku adalah kebahagian mereka..kesalahan ku adalah berita gembira bagi mereka..apakan daya..hanya aku yang rasa..dan rasa mati itu tak mampu mereka baca..nampak senyum diukir gelak tawa yang bising memecah suasana mereka..namun didalam hati sentiasa memanggil manggil mati datang..orang kata mati adalah penyelesaian yang terakhir untuk masalah yang sementara..bagiku matiku adalah penyelesaian yang terakhir untuk masalah mereka..apa masalah mereka?

masalah mereka ialah benci dengan ku..masalah mereka ialah mereka inginkan aku semourna walhal mereka tidak sempurna. Masalah mereka juga ingin aku hidup derita dan sendara dan matiku adalah penamatnya masalah mereka..tidak mintak diratap..tidak mintak ditangisi..tidak mintak diziarah..tidak mintak disedihkan..tidak mintak dilihat..tidak mintak diangkat jasadku..biarlah aku pergi dengan bahagia caraku..ingin kau sambung untuk memarahai..membenci..dan memaki..silalah..tak ada yang akan kudengari cacian..makian dan dendam dari kamu semua.semuanya telah selesai untuk diriku..dunia hidupku tiada apa..mati juga tiada apa..umpatan mu tidak dapat ku dengari. Aku telah selasai disini tak ingin ku teruskan lagi. Cukup dengan apa yang kumilki dan taburi..harapan disana ada ganjaran yang aku dapat..tapi bila?

Terpaksa atau memaksa hari itu akan terjadi..mungkin esok..mungkin lusa..mungkin bila-bila..tak perlulah mereka tahu..bukan untukku menagih simpati..Aku penat untuk menunggu simpati..dan kini aku akur tiada simpati dari mata mereka..dan aku telah berhenti menunggu…akan satu ketika..aku lenyap selama-lamanya…

amer fikri. 8/10/2020@0014

Cinta

June 14, 2019

Kau ingin tahu apa perasaan yang aku rasa selepas dari apa yang kau inginkan..aku tahu aku bersalah dalam riaksi yang telah aku beri..dan aku mohon maaf di atas apa yang aku lakukan terhadap dirimu..tapi apa yang kau inginkan telah merobek hati yang memang inginkan kau selalu bersamaku..salahkah aku dimana kebahagiaan yang aku cari selama ini kau rampas disaat ianya datang..sekiranya kebahagiann ini tak lagi dapat dirasa..akankah aku berhati gembira?? Aku faham apa yang kau inginkan..aku faham kau dikala ini amat tidak menentu..aku faham apa yang aku perlu lakukan..aku faham kau sakit..aku faham kau penat..cukup sekadar kau berdiam dan teruskan apa yg kau inginkan..aku memahami kau lebih dari segala-galanya..tak perlu kau membataskan jarak dan waktu bersama..kerana apabila kau berbuat demikian aku akan rasa aku tidak lagi berhaga seperti dahulu..dan kau suruh aku menerima dengan hati yang terbuka.. aku terima dengan rela.. aku menyintaimu dengan sepenuh hatiku.. kalau sakit untukku mampu membuat kau gembira..akan aku lakukan..maaf sekiranya aku menyikiti kau selama ini..sakit hati kau aku masih disini menemaninu hingga ke syurga seperti yang kita inginkan..dan sakit hati aku..aku mengandaikan aku hilang kebahagian yang aku miliki..

sahabat~kekasih

April 29, 2019

Aku sering berfikir, antara SAHABAT & KEKASIH, siapakah yang kita terima dan kasihi dahulu?? Siapakah yang sering kita kongsikan cerita?? Siapa pula yang sering menggembirakan kita tatkala duka nestapa?? Dan siapa yang sanggup berkorban untuk kesenangan dan kesusahan kita?? Siapa pula yang lebih penting?? Dan madahku bermula…

Sahabat…
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang tak bertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat…
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih…
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat….
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih…
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat…
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih…..erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..

Betulkan, antara sahabat dan kekasih, banyak perbezaan… dan ade juga persamaan. Cube anda tanpa SAHABAT, Bagaimana rasanya??? tapi jika anda tanpa KEKASIH, anda tetap ada seorang SAHABAT yang sudi bersama anda hingga akhir hayat..

Hilang

April 16, 2019

Hi semua…rasanya dah bertahun dan blog ni menyepi kan..dikesemptan ini elok rasanya kalau aku cerita serba sedikit berkenaan blog ni..Asalnya aku bukanlah seorang blogger..tengok posting dalam blog ni pn dah tau yang aku bukanlah kutu blog..Aku berjinak-jinak dengan blog ni disebabkan geng geng ukhwah.com la..dulu aku ade la join satu protal islamik..ukhwah.com…rasenyer ade lagi blog tu dalam search engine google..aku join protal tu sejak tahun 2002 sampailah sekarang..btw aku ni kira orang yang terawal la yang join protal tu..kat situ banyaklah ilmu agama yang aku dapat disamping berkenalan dengan kawan-kawan dari universiti yang lain..paling banyak yang join protal tu budak UIA..time tu aku dok kat Politeknik Dungun Terengganu. So bangga la jugak dapat kawan2 dengan budak-budak pandai kan. aku ni bukanla pandai sangat pn…ase-ase jer…dekat protal ukhwah.com tu nick name aku bukanla aku letak sepertimana nama aku dalam blog ni. so aku kene rahisakan nick name aku kat sana. sebab apa kene rahisakan, tu korang jangan banyak tanya la. korang baca je la. benda bukan penting pn kan. so bertahun menyemai kasih memupuk ukhwah dalam protal tu, banyak jugak la aktiviti yang kiteorang buat. dah tak ingat dah aku ape name aktiviti tu, salah satu yang aku ingat JK hospital. Aku ingat sebab masa aktiviti tu aku jadi urusetia untuk program tu. Dalam protal tu banyak la isu yang dibincangkan antaranya soal agama, isu semasa, pengehtahuan am, politik, tazkirah, dan macam-macam lagi la. tapi biasa la setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Ukhwah.com makin lama makin suram. Sebab ape?? bagi aku ada dua sebab protal ni mengalami kemerosotan. 1st is dengan kehadiran facebook (jilake punye mark apasal la kau buat facebook ni) dan 2nd is…mcm biasa la..its about politic dalaman ukhwah itu sendiri. Setiap organisasi mesti la ada badan pentadbiran dia kan. so paham-paham je la. nak cakap lebih takut kene kecam, so biarlah dorang. Cuma aku bangga jadi ahli protal ni sebab selalu je nama protal ni disebut-sebut dalam radio IKIM. bangga tu, mana tak bangga sebab aku pn salah sorang moderator dalam protal tu..hehehehe..So, nak dipendekan cerita. Barisan moderator ni pn berpecah dua. So ramailah moderator yang angkat kaki dari protal ni..termasuk la jugak aku. Tapi nasib baik nick name aku ade lagi dalm protal tu.

So bile dah tak ade dalam protal tu, semua kawan2 yang satu kepala ni buat la blog. Aku pn kire terjebak la juagak. Mula-mula aku pakai blogspot, tapi dia punya setup macam susah je. Aku nak post ape-ape pun tak reti. So aku beralih la dekat wordpress ni..dan Alhamdulillah bertahan sampai sekarang, walaupun sawang-sawang dalam blog ni aku tak habis nak besihkan, tapi still utuh jugak blog aku ni kan. Aku tak tahu la kawan-kawan aku yang lain ni still aktif lagi atau tak. Aku gi stalker dorang punya blog..hmmm..bersawang jugak..Maybe masing-masing dah kawin kan. Sibuk dengan keluarga masing-masing. Aku pn x kisah kalau aku syok sendiri dalam blog aku ni. Biar apa..orang kata (ceh ternyanyi pulak lagu spider)..tapi aku x amik peduli la..And ape yang aku harapkan agar aku jumpa balik kawan-kawan blog aku ni. rindu la pulak dengan dorang. So ape2 pn dah almost 10years dah blog ni. InsyaAllah aku akan kembali aktif dalam blog ni.. Doakan yang baik-baik je..

Ok oleh kerana jam dah lewat..kerja pn dah siap..aku nak tido dulu la. Hari ni aku tido kat office. Perjalanan dari degkil ke damansara jauh bai. Mata dah ngantuk. Esok masuk keje pukul 8 pagi..kalau ade kawan-kawan yang sudi menegur..InshaAllah akan aku balas teguran korang tu..Sebelum aku chow aku nak senaraikan kawan-kawan seperjuangan aku semasa dalam ukhwah.com sekian lama..

UmarKhalil, Azrul, Mohammad, Aziemi, Terover, Nur Indah, Simple Shida, Serikandi Khaulah, Daeng Jati, Aidilshah, Naza Firman, Hanan, Salafia, Khalifah, Prof Muslim, Engku Salina, Salafian, Cikgu Ayu, Ardini, Muttaqin, Mujahid, Rumaisaa, Nurul Iman, dan lain2 lagi..You Always in my mind….

Adios….Amigoss…Assalamualaikumm…..

AmerFikri….