Novel – Taufiq Buat Hidayah Part 2
June 3, 2012
Kepalanya digaru-garu. Alamak, macam mana ni? Buatnya dia terkam aku, mana nak lari ni? Menjerit nanti, sure satu rumah gempar. Kemudian kena gelak. Esok pagi-pagi mesti kena ejek. Aduhh…
Hidayah mencuri pandang lagi pada Taufiq. Namun apalah malang, mata mereka bertembung pula. Taufiq tersenyum sambil mengangkat-angkat keningnya dua tiga kali.
“Gatal! Lelaki gatal!”. Lantas sikat di tangan secara automatik tercampak ke arah Taufiq. Sengaja pula Taufiq membiarkan sikat itu mendarat di dadanya. Mengadanya…nak tayang dada lah pulak!
“Perempuan Sombong! Orang nak berbaik, dia jual mahal.” Sikat biru muda itu diletakkan di tepinya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Hai, perempuan, perempuan.
‘Dah la kasar! Menyampah!’ Hidayah mengomel-ngomel perlahan. Entah apa yang dibebelkannya Taufiq tidak tahu. Kerusi meja soleknya ditarik kasar.
Hidayah membuka pula botol krim Olay, lalu di sapukan kewajahnya. Kemudian diratakan perlahan-lahan. Diperhatikan wajahnya dicermin, dibeleknya setiap inci wajahnya tanpa menghiraukan Taufiq yang konon-kononnya kusyuk membaca buku tu. Elleh, peduli apa aku!
‘Sombong? Aku sombong?. Sakitnya hati aku. Nak berbaik ape kalau masuk pun dah macam penyangak. Bukan nak berlembut-lembut, romantik-romantik.’ Dia membebel-bebel lagi. Perlahan. Risau juga andai Taufiq mendengar apa yang di katanya. Amboi Hidayah, pandainya mengutuk, sedar sikit diri tu lagu mana tadi. Kasaq tau depan suami.
“ Meh, baring kat sebelah abang sayanggg.” Tiba-tiba Taufiq bersuara. Gatal bunyinya di telinga Hidayah. Tangannya menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Buku tebal yang di bacanya tadi, diletakkan di kepala katil. Riak-riak nakal terserlah di wajah lelaki itu.
Hidayah menjeling tajam. Benci dipandangnya Taufiq- Lelaki Gred A abah tu! senget kepalanya akibat dari memberi jelingan begitu.
“ Marilah…” Taufiq merayu lagi. Merayu? Yekkk…kembang leher hidayah.
Taufiq bangun dan menghampiri Hidayah. Hidayah cuak. Kaku.
“ Meh la sayang…”
“ Apa kena awak ni??”
“ Alaa… nak bermesra ..tunaikan tanggungjawab abang. ” Taufiq geli hati melihat Hidayah tak keruan begitu. Timbul idea nakal untuk mengusik isterinya itu. Hidayah makin geram. Dia dengar ke apa aku bebel tadi?? Alamak. Cuak.
“ Awak dekatlah, saya baling dengan botol ni.” Hidayah sudah besedia mahu membaling botol krim kecantikan olay yang sebesar penumbuknya itu tepat kelobang hidung Taufiq anak lelaki Ustaz Karim Jawa ni. Dia mengacah-acah.
Taufiq makin mendekat. Hidayah makin tak keruan. Apa kena la orang tua ni. Tangan yang tadi gagah nak membaling botol itu tiba-tiba lemahla pula bila tiba-tiba pergelangan tangannya disambar oleh Taufiq. Tangan taufiq mula memegang tangan hidayah. Rontaan tanpa suara itu nyata tidak berhasil. Hidayah mendengus geram. mahu dijerit pasti seluruh rumah akan dengar. Bahkan, seluruh kampung ni boleh dengar. Alamak…
“Lepaslah!” Taufiq senyum.
Nakal. Hidayah naik ngeri melihatkan kelakuan Taufiq yang tiba-tiba berubah gatal dan bahaya itu. Tadi semasa majlis bukan main alim ulamak lagi dia, pijak semut pun tak mati, sekarang ni dah macam ular dalam semak dah Hidayah tengok.
“ Baik awak lepaskan”
“ Kalau tak nak?”
“ Awak jangan ingat saya …saya jerit nanti” Meledak tawa taufiq. Jengkel. Sinis.
Dan entah kenapa, dia rasa tercabar pula bila mulut yang cantik itu mengungkapkan kata-kata begitu. Salah ke dia mengusik? Salah kah?
“ Nak menjerit konon…jeritlah kuat2, biar semua orang kampung dengar. Mahu sebulan tebal muka kamu yang cantik ni,” wajahnya di rapatkan sedikit ke wajah Hidayah. Bau wangi dari krim muka Hidayah itu menggoda nalurinya. Dilepaskan jua tangan wanita itu, tidak sanggup untuk dia melihat wanita itu marah-marah begitu di malam pengantin baru mereka.
“ Huh!”, degusan yang kuat dan keras dilepaskan. Hidayah memang sudah bengang dengan perangai Taufiq ni. Matanya membuntang memandang Taufiq yang sudah berlalu ke jendela yang tekunci, lalu dibukanya perlahan-lahan. Berkeriut bunyinya, hasil daripada besi engsel yang dimakan karat.
Hidayah masih begitu, memandang tajam Taufiq yang membelakanginya. Menikam-nikam belakang Taufiq dengan tajamnya panahan pandangan matanya yang benci.
Taufiq menghirup rakus udara malam yang dingin. Angin sejuk yang meliar masuk ke segenap ruang kamar pengantin baru itu, menyelimuti tubuhnya yang santai berbaju melayu teluk belanga warna perak itu. Diperhatikan langit yang gelap, bulan masih lagi setia di dada langit. Bintang-bintang juga begitu setia meneman bulan yang satu. Hmm…dia mengeluh panjang. Langit direnungnya…sayu… hatinya lelakinya yang keras itu tiba-tiba terusik di malam dia bergelar suami.
Lalu, dia melangkah ke arah bag pakaiannya, dibuka lalu dikeluarkan buku catatannya. Dia kembali ke jendela yang terbuka, lalu mencatatkan sesuatu…
Rembulanku-sajak 1
‘Aduhai …perempuanku,
tidak sudikah kamu ke sisiku,
bersama merasai dinginnya sejuk malam,
melihat indahnya kesetiaan sang bintang menemani rembulan.
Aduhai kekasih,
kamu seperti rembulan,
indah lagi berseri
mungkinkah aku bintang
di antara jutaan bintang di dada langit…
Cahayamu indah rembulan
Jadi anganan hati insan
Layakkah aku jadi peneman malam bersamu
Bulan?
Atau sekadar aku ini pungguk kesepian?
Atau aku bintang jutaan di tepianmu
Yang mahu bertenggek di jendela hatimu
Akulah bintang paling jauh
Paling kurang sinarnya
Dan paling kurang kerdipannya…(sabtu-27 jamadilakhir1432hj)
Dia menutup bukunya. Lalu menyimpannya ke bawah bantal. Hidayah pula sedang mengadap laptopnya di meja tulis. Sedikit pun tak pandang. Hati aku ni cedera tau tak! Dia ni memang perempuan degil, jadi perempuan kepala batu macam ni perlu diajar supaya jadi kepala batu yang boleh pakai dan ada nilai…batu permata ke, batu nilam ke tak pun batu nisan ke..boleh juga letak kat kubur. Elleh, nak tunjuk keras kepala ya, tengoklah sejauh mana kau nak keras kepala Dayah ooooiiiiii!!.
Taufiq merangka-rangka rancangannya sendiri. Bagaimana untuk mewarnai rumah tangga yang baru dibinanya itu. Dia bukan tidak tahu yang Hidayah begitu bencikannya sejak daripada rombongan merisiknya datang dulu. Mana tak Hidayah bengang, baru 3 hari putus tunang dengan si Ridzwan tu, Taufiq cepat-cepat hantar masuk meminang, bimbang melepas lagi.
Bila saja Hj. Baharin setuju, Hidayah benci pun bencilah, janji dia dah suka. Bukan dia tidak perasankan mata Hidayah yang bengkak kesan dari menangis yang lama, walaupun mata yang cantik itu desaluti maskara dan eyeshadow, namun jernihnya mata itu, dia tahu Hidayah tiak rela.
Dan sekarang, dari hujung rambut sampailah ke hujung kuku Hidayah, adalah kepunyaan Taufiq. Jadi dia perlu merangka strategi untuk memenangi hati buah hatinya itu. Langkah pertama..mmmm..langkah pertama ..apa ya? Dia garu kepala. Lalu dia bangun, mengambil tuala dan keluar dari bilik.
Hidayah tersentak bila pintu biliknya dibuka dari luar. Taufiq masuk dengan wajah yang basah, lengan bajunya juga disinsingkan sehingga ke siku. Kopiah dikenakan ke kepalanya kembali. Dia mencapai sejadah lalu membentangkannya, satu di hadapan dan satu lagi ke belakang sedikit.
Hidayah berkerut melihat tingkah laku lelaki itu. Dipandangnya Taufiq tanpa berkelip. Tiba-tiba mata mereka bertembung lagi. Taufiq mengangkat keningnya, kali ini bukan lagi dengan gaya yang nakal dan gatal.
“ Pergi ambil wudu’, nanti pakai telekung yang abang bagi tu, ada bawa kan?” seakan dia faham dengan apa yang bermain di kepala Hidayah.
“ Cepatlah, apa menung lagi..,” Taufiq mengarahkan lagi, bila Hidayah masih belum berganjak dari kerusi. Lembut dan lunak. Menusuk ke hati.
“ Untuk apa?” Hidayah bertanya seperti orang bodoh. Namun nadanya masih tegas dan keras. Tapi sungguh, dia tidak tahu, dan dia pelik bin ajaib.
“ Sesi taaruf untuk suami isteri yang baru menikah, dah, pergi cepat.,” Sesi taaruf? Mengarut je Taufiq ni. Dia bertambah hairan. Namun, mahu tidak mahu Hidayah capai juga tuala dan terus ke bilik air. Dia merengus, wajahnya bertambah lagi kerut-kerut tidak puas hati.
Isk, kenapa la aku ikut pulak ni. Tak boleh jadi ni. Kena minyak senyonyong ke apa ni…main kasar nampaknya budak Taufiq ni. Amboi, dibudak-budakkan saja si Taufiq tu ya Dayah… ya la, perangai macam budak2. Macam budak-budak ke, macam bapak budak tu Dayah..?
Isk, kenapa la aku ikut pulak ni. Tak boleh jadi ni. Kena minyak senyonyong ke apa ni…main kasar nampaknya budak Taufiq ni. Amboi, dibudak-budakkan saja si Taufiq tu ya Dayah… ya la, perangai macam budak2. Macam budak-budak ke, macam bapak budak tu Dayah..?
Keluar saja dari bilik air, diperhatikan Taufiq kusyuk dengan buku catatannya di tangan. Sesekali Taufiq mencatatkan sesuatu. Serius sehingga keningnya mahu bercantum. Hidayah lekas-lekas menggeladah almari, mencari telekung yang dihadiahkan oleh Taufiq semasa mereka bertunang tak sampai seminggu, tempoh hari. Alamak, mana pulak aku letak telekung tu? Hidayah menggaru-garu kepalanya. Sudahnya dia menyarungkan telekung lamanya sahaja. Selesai sahaja menyarungkan, dia duduk di birai katil. Taufiq memandang tidak berkelip. Ish, ni apa kena pulak ni…pandang-pandang orang macam nak telan. Hidayah jeling sekali. Taufiq senyum, dia geleng kepala dengan gelagat Hidayah yang tak sudah-sudah mahu tunjuk lagak.
Tanpa membunag masa, Taufiq mengambil tempat di hadapan. Hidayah ragu-ragu untuk bangun. Hidayah pendang Taufiq yang sudah bersedia mengimamkan solat. Eh, tadi bukan dia dah solat isyak ke…aiseh, macam mana ni? Hidayah masih tercegat di birai katil. Di menggigit jari. Malu pula nak memandang Taufiq. Isk, nak cakap apa ni…
“ La, abang ingat dah ada belakang abang tadi,” Taufiq memandang Hidayah yang diam di hujung katil itu.
“ Kenapa ni?,” Tuafiq bertanya lagi. Hidayah cuma diam tak berkutik. Bibirnya digigit2, matanya hanya memandang lantai yang licin.
“ Hei, kenapa ni…tiba-tiba diam ni…tadi bukan main garang macam singa abang tengok,” Hidayah diam lagi. Dahinya berkerut-kerut. Bibirnya digigit-gigit.
“ Dah la, kalau ada tak puas hati kita bincang lepas ni. Abang janji.” Dia cuba berlembut. Tangannya diangkat seperti membuat aku janji. Taufiq bangun. “ Lekaslah, sayang…” isk, terlepas pulak mulut aku ni. Hidayah masih begitu. Dia tak dengar kot…Taufiq garu kepala. Akhirnya, dia sendiri berdiri di atas sejadah, mememulakan langkah. Namun Hidayah diam tak berkutik.
‘ Isk, macam mana ni…tak kan nak bagi tau dia pulak. Malu lah…si taufiq ni memang Grad A betullah bapak!!’ hatinya yang geram berkata-kata. Kenapalah time2 macam ni jugak yang dia nak ajak solat sunatlah, solat itu lah…
Akhirnya Taufiq mengambil tempat di sebelah Hidayah sekali lagi. Cuba memujuk lagi, manalah tahu kot-kot anak dara Hj. Baharin ni malunya bukan main. Tak pun tak pandai baca al-fatihah ke, manalah tahu.
“ Kenapa ni Dayah, kan elok kita mulakan dengan solat sunat dulu,” Taufiq memandang Hidayah. “ Kemudian kita borak-borak, bincang-bincang, apa kamu musykil, kamu tanya. Ok? tapi kita solat dulu, ok?” Hidayah mengangkat muka, memandang Taufiq, namun matanya masih malu untuk memandang tepat ke wajah suaminya itu.
“ Saya…” Hidayah gigit bibir lagi. Wajahnya ditundukkan. Isk, berat kamu ni. Taufiq garu kepala.
“ Ya, saya…kemudian…?”
“ Saya..emmm..”
“ Ya, saya, apadia tu..”
“Saya…mmm….” dipandangnya wajah Taufiq. Mengharapkan pengertian. Mengharapkan Taufiq faham dengan sendiri, mengaharapkan Taufiq teka sendiri. Namun itu mustahil untuk lelaki seperti Taufiq faham. Taufiq mengangkat kening. Dahinya jadi berlapis-lapis.
“ Saya, cuti,” antara dengar dan tidak, suara halus itu menusuk ke telinga Taufiq, terus ke jantung. Hidayah tunduk malu. Ya lah, malu sangat. Siapa suruh gatal-gatal bersiap bertelekung tadi. Kan dah malu, kalau cakap dari tadi tak ada lah malu sangat.
Taufiq menelan air liur. Sudahnya, dia pula yang kelu. Wajahnya di raupkan sekali, membuang rasa bahang di wajah.
“ Ehem…ehem” dia berdehem… buat-buat betulkan kerongkong. Rasa kelat pula. “Ooo…” itu saja yang keluar. Dia rasa mahu tersenyum. Tapi sengaja disimpannya. Bahagia pula rasa. Isk, lebih pula aku ni. Yalah, baru tu lah ayat yang paling lembut yang dia dengar dari mulut anak singa tu. Dengan malu-malu kucing, muka pun pandang lantai saja, dia berkata “ saya cuti..” aduh…menusuk kalbu. Apa? malu? Buat apa malu dia bukan malu sangat, tapi rasa kesian pula buat Hidayah rasa malu. Tengok tu tunduk je. Mesti dia malu sangat. Merahnya pipi dia…
“ Awak solatlah dulu, saya tunggu,” bila dah malu, tiba-tiba jadi lemah lembut pula. Amboi, bakal isteri mithali gitu. Taufiq angguk saja. Tapi berat pula mahu mengangkat punggung.
“ Mmm..dah berapa hari ya?,” Taufiq menekup mulut. Terlepas kata. Alamat binasa la jawabnya. Baru lagi perepuan tu berlembut, dia nak buat hal pula. Aduh, gelojoh betul! Hidayah menjeling tajam. Mahu ditelannya Taufiq hidup-hidup.
“ Ops..sorry2…ter..ter,” dia mengulum senyum. Sengaja disimpannya senyum, bimbang Hidayah berubah menjadi singa jadian sekali lagi.