Novel – Taufiq buat Hidayah -Part 1
May 25, 2012
Suasana malam hening sekali dan entah mengapa, sebutir bintang pun tiada menemani dada langit. Cengkerik yang sering berlagu menghibur di malam hari juga seperti merajuk panjang dan membisu seribu bahasa. Sunyi dan sepi bersatu dalam jiwa yang sememangnya kosong. Gelap dan kelam menyelubungi segenap ruang.
Daun jendela itu dibuka luas-luas. Mengizinkan angin dingin mencuri masuk dan menyelinap ke segenap bilik pengantin yang indah terhias.
Terasa hembusan angin malam meraba-raba setiap inci tubuh dengan mesra, bagai satu belaian kekasih hati. Hidayah melihat ke jarinya yang masih merah itu. Menyala-nyala benar warnanya. Seakan tidakkan pudar sampai bila-bila. Seakan kekal warnanya di situ sampai Hidayah tua.
*************************************************************************************
“Silau mata Mak Ngah”, kata ibu saudaranya itu malam tadi, ketika inai di jarinya itu dibuka.
“Wahh.. menjadi benar merahnya! Suami sayang ni”, gurau Mak Su pula. Mengusik. Hidayah tersipu malu. Sayangkah Taufiq padaku nanti?
Hidayah masih ingat lagi detik-detik terakhir sebelum dia bergelar isteri orang, atau lebih tepat lagi isteri Taufiq, semalam. Semuanya memuji-muji Hidayah, bakal si pengantin baru esok. Hidayah yang berseri-seri. Hidayah yang manis. Semua orang gelak ketawa. Semua orang Hidayah tengok tersenyum girang dengan majlis pernikahan Hidayah itu. Padahal hati Hidayah sangat kecewa dengan perkahwinan ini, terluka sekali. Sedih bagai nak gila.
Apa la nasib diri bila terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah hadir dalam hidupnya. Tidak pernah sekali pun bersuara atau bertegur sapa walaupun sekampung. Bukan Hidayah tidak pernah terserempak dengan Taufik tu di kedai runcit Pak Mat, bukan Hidayah tidak pernah berselisih dengan Taufik dekat pasar malam kampung Haji Suji ini, tapi sekali pun mereka tidak pernah bertegur sapa. Dasar lelaki sombong dan perasan bagus. Pandang pun tidak, jeling apa tah lagi. Tengok-tengok, masuk meminang pula.
Sejak putus tunang dengan Ridzuan dulu, hati Hidayah betul-betul tertutup untuk menerima mana-mana lelaki lagi. Kecewanya masa itu, hanya Allah yang tahu. Lebih-lebih lagi, orang yang diharapkan untuk menjadi pelindung dan pemimpin sejati dalam rumah tangga, rupanya curang di belakang. Ah, tidak sanggup lelaki seperti itu dijadikan suami. Tidak dapat diumpamakan dengan apa sakitnya putus cinta itu. Selepas cincin pertunangan dipulangkan, Hidayah meletakkan titik noktah pada cinta. Lebih-lebih lagi lelaki itu telah sah bergelar suami orang lain.
Namun, malangnya, titik noktah itu begitu mudah dipadam oleh Haji Baharin. Sekali sental sahaja, Hidayah terpaksa membuka pintu hatinya secara paksa untuk menerima Taufiq pula, lelaki serba sempurna di mata Haji Baharin. Tambahan pula desakan keluarga yang bertali arus, dan gelaran anak dara tua yang disandang, Hidayah turutkan jua kata Haji Baharin. Walau hati berjuta kali mengatakan tidak, namun ada rasa tanggungjawab untuk menggembirakan hati orang tua.
Biar hati terluka. Biar. Mungkin ini jalan terbaik untuk Hidayah melupakan kisah dukanya itu. Apa daya dia. Hitam kata bapak, hitamlah kata Hidayah, putih kata bapak, putihlah mata Hidayah.
Yang nyata, Hidayah akan jadi isteri Taufiq, Taufiq yang lima tahun lebih tua darinya itu. Hah… bujang terlajak tu nak jadi laki aku? Baik aku kawin lari dengan mamak kat pekan tu lagi bagus. Hidayah jadi geram pula pada Taufiq. Dah la bujang terlajak, gatal pula nak kawin dengan aku. Anak beranak sama aje, pantang nampak perempuan cantik, kopiah pun boleh melayang. Hati Hidayah mengutuk-ngutuk Taufiq.
Majlis kenduri dua hati itu meriah sekali. Satu kampung datang berjamu. Kampung sebelah menyembelah turut serta. Hj. Baharin pula sibuk ke hulu hilir bagai hulu-balang istana. Hurrmm… Bapaklah yang paling gembira, senyum sampai ke telinga. Manakan tidak anak bongsunya berkahwin dengan anak tunggal rakan baiknya sejak dari sekolah pondok, Ustaz Karim Jawa, merangkap Tok Imam masjid Kampung Haji Suji. Berbesan dengan orang penting dalam kampung ini membuatkan lubang hidung Haji Baharin mengembang-ngempis tidak mengikut skala lagi saiznya.
Taufiq pula bukan calang-calang budaknya. Menantu grad A+, taraf lima bintang kata Haji Baharin. Disahkan oleh JAKIM, diluluskan oleh SIRIM. Amboi pak, macam barang pulak si Taufiq tu, melangit pujian nampak!. Yang paling mustahak, belajar sampai ke Mesir, bukan setakat pandai mengaji Quran. Malah serba serbi pandai. Tampan begaya usah dikata. Itu kata bapak lah, entah ya, entah tidak. Entah-entah pandai memandai-mandai saja si Taufiq tu.
Haji Baharin awal-awal dah terpikat. Malah pandai pula dikelentongnya si Hidayah “ bapak dah chop si Taufiq tu sejak dari kecik lagi untuk kau”. Padahal bila Taufiq dah berkereta dan duit berkepuk barulah bapak chop nak buat menantu.
Alkisahnya, maka tersebutlah kisah, kampung haji suji mencipta sejarah buat julung kalinya kenduri anak ketua kampung dengan anak tok Imam. Meriah majlisnya, riuh rendah suasananya. Ada pun begitu, tiadalah terkira berapa biji pinggan mangkuk yang pecah akibat daripada meriahnya majlis penyatuan dua hati ini. Maklumlah, orang kata kalau tak pecah pinggan, tak meriahlah majlis. Anak bongsu merangkap anak emas haji Baharin la katakan hendak bermenantukan anak tunggal Tok Imam pula. Tidak cukup dua ekor lembu tumbang. Bapak tambah lagi tiga ekor kambing. Masyaallah lah. Tujuh hari tujuh malam kenduri anak perempuannya itu. Gembira benar orang tua tu bagai bermenantu putera kayangan.
Gelap malam dipandang sepi. Hidayah mengeluh perlahan. Bosan. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya diangkat ke atas dan… satu, dua tiga,
“HHuuarrrggghhhhhh!!.” Hidayah menggeliat sekuat hati. Melegakan urat-urat dan otot-otot yang penat bekerja keras sepanjang hari. Melancarkan aliran darah kesegenap saraf.
“ Uih. Seksinya.” Tiba-tiba ada suara yang menegur. Seakan terkejut dengan aksi Hidayah tadi. Hidayah malu sendiri, tambahan pula lepas lakunya tadi pasti Taufiq melihatnya. Sementelah melihat Taufiq tersengih-sengih bagai kerang busuk. Hidayah malu. Geram.
“Awak ni, lain kali masuk bagi salam. Ingat bagus sangat masuk bilik orang macam penyangak.” Matanya membulat menahan marah. Akibat dari rasa malu tadi, maka tercernalah riak-riak marah dalam jiwanya. Ah, sepatutnya aku beraksi sopan santun dihadapannya, dan menjadikan malu sebagai aset untuk memikat hati suami. Ciss!
“ Mmm” dia mencebik.
“Yang awak menggeliat kat tingkap tu ingat bagus sangat la. Macam jerangkung je saya tengok.” Taufiq membalas selamba. Hidayah diam tak terkata. Matanya tajam menjeling. Inikah menantu grad A+ pilihan bapak?.
“Elleh…entah-entah nak mengintai. Patut main redah je.”
“Sori sikit eh, intai-intai wa tak main tau. Kalau saya nak tak payah intai-intai, terkam je awak tu bawak ke katil.” Selepas itu, Taufiq ketawa. Ketawa kontrol supaya suaranya terkawal. Bimbang juga andai didengari oleh saudara mara. Hidayah bertambah geram.
Taufiq merebahkan badannya ke tilam empuk. Ahhh.. lega dapat merehatkan badan begitu. Almaklumlah, sejak dari pagi tadi perlu menjadi raja sehari, baru sekarang dapat merebahkan badan ke tilam.
Senyuman nakal tidak putus dari bibirnya. Bagai sengaja menyakitkan hati Hidayah. Entah kenapa Hidayah merasakan senyuman itu bagai mengejek-ngejeknya. Lantas, dengan perasaan marah bercampur geram Hidayah menutup tingkap sekuat hati. Berdentum kuat.
“ Tingkap tu dah cukup rapat dah, tak payah la awak hempas kuat-kuat. Tak ada sapa nak mengintai kita malam ni.” Taufiq gelak lagi, namun sengaja ditahan-tahan. Merah mukanya. Kopiah putih dikepalanya ditangalkan, lalu diletakkan di atas meja solek. Senyuman masih belum putus dari bibirnya. Menyerlahkan giginya yang tersusun rapi.
Hidayah naik geram. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit gelak. Lantas Hidayah duduk di kerusi meja soleknya. Menyikat-nyikat rambut. Otaknya ligat berfikir. Benci pula bila memikirkan akan tidur sekatil dengan Taufiq malam ni. Lelaki grad A+ konon!. Kenapalah kasar sangat dia ni. Nak menguji akukah?.
Taufiq sudah mengambil tempat di sebelah kanan katil. Menyediakan ruang untuknya di sebelah kiri. Geli pula bila difikirkan begitu. Apa nak buat ni? Nak keluar, semua orang telah tidur. Hendak menonton tv, ada pula anak-anak saudara yang tidur di situ. Hidayah berkira-kira tindakan yang perlu. Sesekali dijeling ke arah Taufiq yang sedang membaca buku “ Melangkah ke gerbang perkahwinan”. Buku yang diperoleh semasa kursus perkahwinan dulu. Eee…buku tu pun nak dibacanya. Hidayah jengkel. Geli. Meremang bulu romanya.
Peristiwa NAKBA
May 25, 2012
64 tahun lalu, di sebuah tanah tercinta umat Islam bersamaan 15 mei 1948. Itulah Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud “hari kecelakaan”) merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.
Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).
Perancangan British
Sebenarnya rancangan ini bertitik tolak 1916, Kerajaan British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis (perjanjian Sykes-Picot) untuk berkongsi Empayar Othmaniyyah dengan sebahagian daripada Palestin diberi kepada Britian dan diikuti dengan Deklarasi Balfour tahun 1917 di mana Britian menyokong hak penempatan kepada orang-orang Yahudi di Palestin.
Ditambah lagi dengan rangkaian Zionis yang kuat dieropah maka bermulalah titik hitam dalam hidup rakyat Palestin. Pertembungan paling parah meletus pada tahun 1936 sehingga Inggeris mengesahkan lepas tangan dari Deklarasi Balfour pada 1939.
Pembersihan Etnik Bermula
Walau bagaimanapun dari tahun 1946 dan seterusnya Zionis terus tinggal di Palestin. Mereka melakukan pembersihan etnik tatkala pembahagian Palestin masih belum selesai sehinggalah rancangan ketenteraan berskala penuh bermula pada bulan Mac 1948, ketika Rencana D sepenuhnya dilaksanakan.
Pada tarikh 9 April 1948, pasukan Zionis termasuk Geng Stern dan Irgun yang terkenal dengan unit keganasan memasuki desa Deir Yassin di Palestin dan menyerbu rumah-rumah dengan tembakan mesingan, membunuh ramai penghuninya. Yang selamat kemudian dikumpulkan bersama-sama dan dibunuh, korban termasuklah 30 bayi. Antara 100 dan 200 Palestin dibunuh di Deir Yassin (Geng Irgun dengan bangga mengatakan bahawa bilangan yang dibunuh adalah 256) dan kemudian kampung tersebut diratakan dengan tanah.
Menachem Begin, Ketua Organisasi Pengganas Irgun dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel berkata dengan bangganya; “Seperti di Deir Yassin dan di mana-mana sahaja… Oh Tuhan, Oh Tuhan, Engkau telah memilih kami untuk membukanya”
Adapun di sesetengah desa penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka tanpa harta benda sebelum rumah mereka diletupkan dan kampung mereka diratakan. Ada banyak pembunuhan kejam yang lain, misalnya pada tarikh 22 Mei, 200 lelaki berusia antara usia 13 dan 30 tahun dibunuh dengan kejam di Tantura.
Berikut merupakan kenyatan saksi-saksi yang direkodkan.
“Mereka membawa kami keluar satu demi satu, menembak orang tua dan ketika salah seorang anaknya menangis ia juga akan ditembak. Lalu mereka memanggil Muhammad adik saya dan menembak dia di depan kami dan ketika ibuku berteriak membongkok di atasnya dengan membawa adik saya Hudra di tangannya, masih menyusu – mereka menembak dia juga “.
“Lelaki menginjak rakan-rakan mereka dan wanita pada anak-anak mereka sendiri. Kapal-kapal di pelabuhan diisi dengan mayat hidup. Pemandangan yang amat mengerikan. Banyak kapal terbalik dan tenggelam bersama semua penumpang mereka. ”
Sekalipun ada pasukan tentera Arab memasuki Palestin, tapi mereka terlalu sedikit, terlambat dan tidak sesuai berdepan dengan pasukan Israel yang terlatih dan bersenjata canggih.
Pada masa gencatan senjata pada tahun 1949 Israel telah memperoleh 78% dari Palestin, berjaya mengusir keluar lebih dari 750,000 orang Palestin, dan lebih dari 400 desa Palestin berjaya diratakan.
Pelarian Dari Nakba
Lebih dari tiga perempat juta orang Palestin melarikan diri dari pembunuhan 1948-49 berada di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.
Di tempat-tempat inilah masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup, melihat rumah dan tanah mereka sendiri, melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentera mengusir mereka keluar. Israel terus melakukan kekejaman, pada bulan Jun 1967 menduduki sisa dari mandat Palestin – Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Semenanjung Gaza – dan terus merampas tanah Palestin, menempatkan pemukiman Yahudi berskala besar. Setiap pembongkaran rumah dan rampasan tanah meningkatkan jumlah pelarian Palestin. Gaza telah diubah menjadi kem penjara terbesar dalam sejarah, dengan serangan keganasan dan pengeboman tentera Israel.
Palestin secara berperingkat diusir dari Baitulmuqaddis, walaupun terdapat peruntukan sebagai corpus pembahagian antarabangsa oleh PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.
Nakba masih berterusan
Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir mustahil bahkan ia mustahil berlaku.
Sikap tidak bermoral, melanggar undang-undang, diskrimanasi kaum, kekejaman dan sikap jahat yang dilakukan oleh Zionis Israel mencerminkan keadaan mereka yang sebenar. Sejarah menunjukkan bahawa Inggeris mempunyai hutang yang perlu dibayar, dan kita berhutang kepada rakyat Palestin untuk menyokong perjuangan mereka membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.
Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, 10 Disember 1948
[13 / 2] Setiap orang adalah berhak untuk meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri dan kembali ke negara asalnya.
[17 / 2] Tidak seorang pun boleh sewenang-wenangnya dirampas hartanya.
Resolusi PBB 194 terhadap hak Palestin sebanyak 130 kali. Ini termasuk kenyataan: “… Pelarian yang ingin kembali ke rumah mereka dan hidup damai dengan jiran mereka harus diizinkan untuk melakukannya pada tarikh praktikal paling awal dan pampasan yang perlu dibayar untuk hotel dari mereka memilih untuk tidak kembali dan untuk kehilangan atau…
Peristiwa Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah Terakhir
May 25, 2012
Pemerintah Uthmaniyah terakhir – Sultan Abdul Hamid Ke2.
Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hameed Khan Kedua Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putra dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika ia berusia 7 tahun. Abdul Hameed bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan dia belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifa. Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniyyah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana ia tidak sesuai untuk berada di pejabat.
Pada 31 Ogos 1876 (1293 H) Sultan Abdul Hameed diangkat menjadi Khalifah, dan penduduk2 memberi jaminan akan setia kepadanya. Dia ketika itu berusia 34. Abdul Hameed menyedari, seperti tercatit dalam dairinya (buku hariannya), bahawa pada masa pembunuhan bapa saudaranya, dan perubahan yang menjalar dalam kepimpinan adalah semacam konspirasi terhadap negara Islam.
Abdul Hameed memiliki karakter sejarawan yang mendalam. Dia dipertanggung-jawabkan untuk memimpin sebuah negara besar yang berada dalam situasi tegang dan kritikal. Dia menghabiskan lebih dari 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, perang, revolusi, peristiwa dan perubahan yang berterusan (constant). Abdul Hameed sendiri menyatakan perasaan ini dalam tulisan-tulisannya dan puisi. Berikut ini adalah contoh dari puisi tulisan tangan, yang diambil dari buku “Bapa-Ku Abdul Hameed,” ditulis oleh putrinya Aisha.
Terjemahan puisi,
Allah aku tahu Kau adalah Satu yang terhormat
dan tidak ada seorang pun kecuali Kau hanyalah Satu
Kau hanyalah Satu, dan tiada yang lain
Allah mengambil tangan dalam masa saya sukar
Allah menjadi penolong ketika saya kritikal
Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi ialah Midhat Pasha. Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam pembunuhan bapa saudara Abdul Hameed. Ketika Abdul Hameed mendapat kuasa, dia melantiki Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana pada ketika itu Midhat sangat popular dan Abdul Hameed memerlukannya sebagai keyakinan untuk tetap berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik, tetapi ia berpendirian. Midhat Pasha disokong kuat dalam dewan Shura (parlimen). Dengan sokongan orang-orang Shura dia berjaya mendapat kelulusan resolusi untuk berperang melawan Rusia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang keputusan yang kuat itu. Jika ia cuba menghalang kemungkinan ia akan dibuang dari pejabatnya itu. Dewan Shura masih ingin menyalahkan dia keatas semua kerugian yang berlaku hasil dari kesilapan perang tersebut. Sebenarnya Abdul Hameed tidak mahu peperangan pada masa itu. Negara Islam terlalu letih dengan penglibatan peperangan yang banyak. Abdul Hameed mampu menggunakan kuasanya terhadap Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat. Dia akhirnya berjaya menyelesaikan populariti Midhat dengan mengambil tindakan membuang daerah. Midhat telah diasingkan dan dihantar ke Eropah. Rakyat jelata dan ahli politik menyambut baik tindakan tersebut dengan penuh rasa gembira.
Setelah itu, Abdul Hameed mula memberi tumpuan kepada musuh2 Negara Islam Uthmaniyyah. Dia dapat meramalkan kebangkitan Revolusi Komunis di Rusia, dengan kebangkitan ini akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada ketika itu, bahagian negara Balkan menghadapi dua bahaya, iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba membangkitkan Balkans bagi menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal menimpa. Dia hampir mendapat kesepakatan dengan negara2 Balkan, tetapi ketika perjanjian tersebut berada di tahap akhir, 4 negara Balkan memilih perjanjian berasingan untuk tidak termasuk di bawah negara Uthmaniyah. Perubahan tersebut adalah datangnya dari pengaruh Barat dan pengaruh Rusia yang lebih kuat.
Abdul Hameed menyedari bahawa konspirasi untuk menghancurkan negara Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang terfikir. Itu dari kedua-dua belah pihak baik dari dalaman mahupun dari pihak luar. Dia fikirkan dengan menyingkirkan Midhat Pasha buat selama-lamanya boleh membuatkan dia senang hati, tapi sebaliknya dia berhadapan dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha telah mengambil wang dan hadiah dari Inggeris, ganjaran bagi peranannya dalam pembunuhan Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah terbongkar.
Awni Pasha mendorong memaksa negara Uthmaniyyah untuk berperang dikenali perang Bosnia di mana ia bertentangan dengan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed tahu bahawa jika berlaku peperangan Bosnia, negara2 Rusia, Inggeris, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Itali dan Perancis akan semua menyerang negara Uthmaniyyah dan pasti mereka menawan kembali Bosnia. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hameed tentang saiz tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Dia mengaku memiliki 200,000 askar yang bersiap sedia. Namun, selepas Abdul Hameed periksa dengan jeneral tenteranya yang lain dan mendapati ia hanya punya 30.000 askar, untuk berdepan dengan lebih dari 300,000 tentera.
Pada waktu itu orang ramai mencintai Awni dan Abdul Hameed tidak dapat menghapuskan dia dari pejabat kerana akan membahayakan kestabilan dalam negara. Negara barat, menyedari bahawa mereka boleh menang menyerang Uthmaniyah dengan bantuan sokongan daripada 4 negara Bulkan (Romania, Montenegro, Serbia, Austria-Hungary). Akibatnya, Bosnia dan Greece telah terlepas dan terpisah dari negara Uthmaniyah. Abdul Hameed telah membongkar kesalahan Awni dan kemudian menyingkirkannya. Masyarakat menerima langkah ini. Mahkamah mendapati ia bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap negara Uthmaniyah dan membantu kuasa asing, seperti Inggeris.
Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Barat merujuk dia sebagai orang sakit) di Eropah yang paling ketara (terkemuka) disebabkan ramainya orang ingin menjadi pembelot, tetapi tidak termasuk orang-orang Yahudi.
Pada tahun 1901 banker Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Abdul Hameed, mereka menawarkan untuk memberinya:
1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniyyah.
2) Membangun Tentera Laut negara Uthmaniyyah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniyyah.
Sebagai ganjaran untuk;
1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan “untuk melawat tempat-tempat suci.”
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).
Abdul Hameed menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya “Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam.” Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.
Dengan permainan(percaturan strategi) orang-orang Yahudi dan Zionis dalam menentukan tamatnya negara Uthmaniyah kini sudah bermula. Wang2 Yahudi adalah aset penting bagi membiayai penghancuran negara Uthmaniyah untuk membina negara Zionis di Palestin, negara yang orang-orang Yahudi sangat inginkan dan mereka bersedia mengambil risiko walau apa pun terjadi.