Atheis – Novel yang ku cari selama ini

December 18, 2010

Salam mesra..

Kebelakangan ini aku masa untuk mengupdate blog bagaikan tidak kesampaian..dengan kekangan kerja yang bertimbun-timbun..huh..nak cakap pun susah…

Aku disini dan ketika ini sedang mencari sebuah buku yang bertajuk atheis yang dikarang oleh Achdiat K. Mihardja. Ini buku lama…dulu aku ade buku ini..pemberian seorang pensyarah di KUSZA..yang dikenali sebagai USMZA atau UDM…atas kecuaian aku buku itu telah hilang….dan amat mengecewakan…aku harap sesiapa yang ada buku tu…aku mahu meminjam atau membelinya…sekiranya ada sila email kan kepada aku atau reply dalam blogku ini….

Sungguh, novel ini begitu mempesonakan. Saya telah terlekat dengannya, sedari muka surat pertamanya lagi.

Ceritanya berlatarkan zaman penjajahan Belanda-Jepun, ketika ideologi-ideologi Sosialisme dan Marxisme sedang menular di Indonesia. Tentang Hassan yang begitu rajin mengamalkan ilmu tarekat. Namun demikian, dia mengamalkannya secara melulu buta tanpa ilmu. Hassan yang beramal atas dasar taklid terhadap mursyidnya itu kemudiannya telah terpesona dengan golongan atheis yang sering mengemukakan hujah-hujah logika mengapa mereka menolak prinsip ketuhanan. Dan ternyata disebabkan tertarik dengan gaya pemikiran logika itu, Hassan telah bertukar pendiriannya menjadi seorang atheis. (Dan tentunya, salah satu dari asbab utamanya dia bertukar menjadi atheis juga adalah kerana dia tertarik kepada Kartini, seorang jelita yang berpendirian atheis.)

Gaya pengarang menggambarkan wataknya, begitu megesankan, sehingga pada peringkat awalnya, saya sangkakan pengarangnya sendiri, Achdiat K. Mihardja, adalah seorang pemikir bebas (free thinker) ketika dia menulis cerita ini. Kerana dari dialog watak-wataknya, jelas menunjukkan sokongan yang memberat kepada golongan atheis, selain terdapat banyak dialog-dialog yang memperolok-olokkan prinsip-prinsip ketuhanan dan orang-orang tarekat.

Tapi ternyata, apabila sampai ke penghabisannya, sangkaan saya itu meleset. Pengarangnya cukup bijak mengalihkan sokongan keseluruhan novelnya ini, yang pada awalnya berpihak kepada golongan atheis, kemudiannya ke arah menghentam pihak atheis pula. Dan sebagai pembaca, saya tidak pula terasa jemu oleh sogokkan falsafah-falsafah ketuhanan dan anti ketuhanan yang dikemukakan, kerana ternyata setiap falsafah yang dikemukakan itu disulami dengan jalan cerita yang menarik, adakalanya mendebarkan, serta sekali-sekala membuai perasaan.

Sungguh pun mengambil gerak jalan cerita yang agak lambat (kerana terdapat banyak dialog tentang falsafah ketuhanan dan anti ketuhanan), tetapi novel ini tetap menarik untuk dibaca. Mungkin salah-satunya, disebabkan latar zaman yang diambil ketika zaman Belanda – Jepun. Dan saya pula sememangnya begitu gemar dengan cerita-cerita yang berlatar zamankan era kolonial.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: