Atheis – Novel yang ku cari selama ini
December 18, 2010
Salam mesra..
Kebelakangan ini aku masa untuk mengupdate blog bagaikan tidak kesampaian..dengan kekangan kerja yang bertimbun-timbun..huh..nak cakap pun susah…
Aku disini dan ketika ini sedang mencari sebuah buku yang bertajuk atheis yang dikarang oleh Achdiat K. Mihardja. Ini buku lama…dulu aku ade buku ini..pemberian seorang pensyarah di KUSZA..yang dikenali sebagai USMZA atau UDM…atas kecuaian aku buku itu telah hilang….dan amat mengecewakan…aku harap sesiapa yang ada buku tu…aku mahu meminjam atau membelinya…sekiranya ada sila email kan kepada aku atau reply dalam blogku ini….
Sungguh, novel ini begitu mempesonakan. Saya telah terlekat dengannya, sedari muka surat pertamanya lagi.
Ceritanya berlatarkan zaman penjajahan Belanda-Jepun, ketika ideologi-ideologi Sosialisme dan Marxisme sedang menular di Indonesia. Tentang Hassan yang begitu rajin mengamalkan ilmu tarekat. Namun demikian, dia mengamalkannya secara melulu buta tanpa ilmu. Hassan yang beramal atas dasar taklid terhadap mursyidnya itu kemudiannya telah terpesona dengan golongan atheis yang sering mengemukakan hujah-hujah logika mengapa mereka menolak prinsip ketuhanan. Dan ternyata disebabkan tertarik dengan gaya pemikiran logika itu, Hassan telah bertukar pendiriannya menjadi seorang atheis. (Dan tentunya, salah satu dari asbab utamanya dia bertukar menjadi atheis juga adalah kerana dia tertarik kepada Kartini, seorang jelita yang berpendirian atheis.)
Gaya pengarang menggambarkan wataknya, begitu megesankan, sehingga pada peringkat awalnya, saya sangkakan pengarangnya sendiri, Achdiat K. Mihardja, adalah seorang pemikir bebas (free thinker) ketika dia menulis cerita ini. Kerana dari dialog watak-wataknya, jelas menunjukkan sokongan yang memberat kepada golongan atheis, selain terdapat banyak dialog-dialog yang memperolok-olokkan prinsip-prinsip ketuhanan dan orang-orang tarekat.
Tapi ternyata, apabila sampai ke penghabisannya, sangkaan saya itu meleset. Pengarangnya cukup bijak mengalihkan sokongan keseluruhan novelnya ini, yang pada awalnya berpihak kepada golongan atheis, kemudiannya ke arah menghentam pihak atheis pula. Dan sebagai pembaca, saya tidak pula terasa jemu oleh sogokkan falsafah-falsafah ketuhanan dan anti ketuhanan yang dikemukakan, kerana ternyata setiap falsafah yang dikemukakan itu disulami dengan jalan cerita yang menarik, adakalanya mendebarkan, serta sekali-sekala membuai perasaan.
Sungguh pun mengambil gerak jalan cerita yang agak lambat (kerana terdapat banyak dialog tentang falsafah ketuhanan dan anti ketuhanan), tetapi novel ini tetap menarik untuk dibaca. Mungkin salah-satunya, disebabkan latar zaman yang diambil ketika zaman Belanda – Jepun. Dan saya pula sememangnya begitu gemar dengan cerita-cerita yang berlatar zamankan era kolonial.
~aku dan dosa~ final story
December 18, 2010
Dalam jemaah surau dikampung itu aku meluahkan masalahku kepada Imam, seorang tua yang berilmu. Nasihatnya kepadaku.. Pulanglah..lihat ibumu..ayahmu.. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu nak.. Jangan terus terus jadi anak yang derhaka.. Sesungguhnya seorang ibu akan mengampunkan dosa anaknya walau sebesar gunung. Takkan bahagia rumahtanggamu tanpa restu ibumu. Takkan berjaya kehidupanmu tanpa izin Ibumu. Hanya selepas itu barulah aku nekad untuk pulang menjenguk kedua orang tuaku setelah hampir dua puluh lima tahun aku tinggalkan mereka.
Pada hari raya tahun berikutnya, Aku dan isteriku nekad pulang kekampung halamanku dengan meminjam kereta jiran sebelah rumah bapa mertuaku. Aku masih ingat selok belok pekan dan kampung asalku. Ketika aku memasuki jalan kampungku, aku lihat keadaan kampungku telah berubah sama sekali. Rumah rumah banyak didirikan berderet deret di tepi jalan. Jalan tanah merah sudah digantikan dengan jalan berturap, namun liku dan selok beloknya masih sama. Aku sangsi samada aku dapat mengenalpasti kedudukan rumah orangtuaku. Tapi aku pasti akan selekoh sebelum tiba kerumah orangtuaku tidak pernah berubah semenjak dahulu. Ketika aku membelokkan kereta kehalaman rumah.. Aku terpaku sejenak seakan akan tidak percaya. Rumah orang tuaku sudah jauh berubah daripada keadaan semasa aku tinggalkan suatu ketika dahulu. Rumah papan buruk ayah sudah tiada lagi. Yang ada ialah sebuah rumah batu yang agak besar hampir seperti banglo. Dan aku perasan yang rumah itu paling besar daripada rumah rumah orang kampung yang lain. Halamannya dipenuhi dengan Kereta termasuk dua buah mercedes. Rumah ayah tidak sama langsung seperti yang aku bayangkan selama ini. Dalam mimpiku ayah dan ibu sangat daif.. tapi realitinya jauh berbeza. Apakah maksud mimpiku itu sebenarnya.. aku keliru..
Aku keluar dari kereta lantas memberi salam.. beberapa orang anak kecil yang sedang bermain main disitu menjawab salamku lantas memanggil ayahnya. Tiba tiba.. Abang.. Adikku keluar terus memanggil namaku. Antara percaya atau tidak dia kembali kedalam rumah dan memimpin ayahku keluar menemui aku. Ayah sudah terlalu tua sehingga perlu dipapah untuk berjalan. Ayah yang seakan akan terpaku, memanggil namaku, memeluk aku dan menangis. Aku yang tergamam turut menangis apabila kedengaran ayah tidak henti henti meminta maaf dariku. Katanya ayah tidak berniat menghalau aku keluar dan meminta maaf atas keterlanjurannya memarahi aku. Aku merasa sebak kerana sepatutnya aku yang minta maaf.. bukan ayah. Puas ayah cari kau lepas kau pergi nak.. berhari hari ibu menangis meminta ayah mencarimu.
Saat yang paling hiba adalah ketika aku menatap wajah ibu. Wajah Ibu tidak jauh berubah sejak aku tinggalkan dia. Dan tangisan Ibu sama seperti yang kudengar ketika aku tinggalkan rumah papan ayah. Saat itu lututku terasa amat lemah untuk berdiri. Aku jatuh terjelepuk didepan Ibu menangis dan terus menangis seolah olah aku telah lepas dari dosa yang amat besar. Aku cium kaki ibu lantas memohon ampun tidak terkira banyaknya. Aku peluk tubuh ibu yang telah melahir dan membesarkan aku selama ini. Ibuu… maafkan saya bu.. dosa saya tak terampun buu… Berkali kali ibu memaafkan aku …Ibu memaafkan aku dengan harapan aku takkan pergi meninggalkannya lagi. Sudah terlalu lama aku tidak merasakan usapan ibu. Sudah terlalu lama aku tidak merasai sentuhan lembutnya. Aku terlalu merinduimu bu….. maafkan aku…….
Selepas itu barulah aku berpeluang meminta maaf kepada adik adik ku termasuk adik yang tidak pernah aku kenali. Rupa rupanya aku ada enam orang adik beradik. Yang paling bongsu masih menuntut lagi. Aku meminta maaf kepada adik ngahku kerana diatas bahunya selama ini terpikul beban menjadi anak sulung dalam keluarga. Namun kesemua adik adik ku reda dengan apa yang telah ditentukan. Pada hari itu barulah kami saling mengenali antara satu sama lain. Anak saudara.. ipar duai dan semuanya. Malam itu kami adik beradik lelaki berjemaah dengan aku menjadi Imam. Kami mengucapkan kesyukuran diatas kebesaran Tuhan yang menemukan kami semua kembali dalam keadaan yang gembira. Inilah pertama kali aku menjadi pemimpin dalam keluarga dan aku amat bersyukur kerana Tuhan masih memberikan aku peluang untuk mengecapinya lagi.
Aku juga sangat bersyukur kerana adik adikku semua berjaya. Dua daripadanya menjadi ahli perniagaan. Tiada seorang pun yang mengikut jejak aku. Mungkin mereka telah terdidik semenjak kecik dengan mengambil contohku sebagai pengajaran kepada mereka. Adik perempuan ku pula telah bersuamikan seorang yang berjaya. Alhamdullilah kejayaan mereka semua telah banyak menaikkan taraf hidup orang tuaku.
Rumah batu ayah ni pun hasil dari sumbangan mereka semua untuk membalas jasa Ibu dan Ayah ku membesarkan mereka.
Disudut rumah itu aku duduk sambil memerhatikan keluarga besarku. Ayah kulihat duduk diatas kerusi empuk begitu asyik menonton buletin utama di kaca tv. Wajah ayah jauh berubah.. Badannya kurus dan nampak terlalu tua. Mungkin kesan daripada kerja kerja berat yang dilakukan semasa zaman mudanya. Ibu masih kelihatan sihat walaupun tidak semuda dahulu . Aku lihat ibu bergitu asyik melayan karenah cucu cucunya yang tak sudah sudah mengelilinginya bercerita dan bergelak ketawa. Aku lihat Ibu begitu disayangi oleh kesemua cucu-cucunya. Alangkah terkilannya aku kerana anakku sendiri tidak pernah dapat mengenali siapakah datuk dan neneknya. Dari apa yang diceritakan oleh adik adiku, Ibu tidak pernah jemu menanti kepulanganku setiap kali hari raya menjelma. Bagi ibu, aku tidak pernah hilang. Ibu sentiasa percaya bahawa Tuhan akan membawa aku kepangkuannya kembali.
Tidur semalaman dikampung membuatkan aku terasa begitu hinanya menjadi aku. Betapa kecilnya sumbangan ku kepada orang tuaku, malah tiada se sen pun yang dapat ku hulurkan untuk membalas budi mereka. Barbanding adik adik ku aku hanyalah seekor biri biri hitam dalam rumah ini. Aku malu … sangat malu.. malu dengan diri aku sendiri. Aku bersyukur kerana mereka semua dapat menerima aku kembali… tetapi dapatkah aku menerima diriku sendiri…??? Aku bersalah dengan semua orang.. sampai bila aku harus menanggung kesalahanku ini.
Aku kembali meneruskan kehidupanku di rumah mertuaku. Tapi aku masih resah dan gelisah. Bayang bayang ibu masih menghantui aku. Oleh kerana kedaifan keluargaku maka aku tidak dapat untuk menjenguk kedua ibu bapaku sekerap mungkin. Sampai satu ketika Ayah mertuaku meninggal dunia aku bagai kehilangan arah. Adik beradik isteriku bertindak menghalau aku dari tinggal lagi dirumah itu. Alasannya aku hanya pendatang yang tidak tahu asal usulnya dan tidak layak untuk mewarisi tanah peninggalan Bapa mertuaku. Oh rupa rupanya selama ini mereka hanya mahu aku tinggal disitu dan menjaga bapa mereka yang telah uzur itu.. Ya Allah ya Tuhanku.. Kenapa begitu payah sekali untukku memulakan penghidupanku yang baru…Walaupun aku keliru namun aku reda dengan keadaan itu.
Aku pulang kekampung ibu semula. Kali ini Ego lelakiku aku pijak kelantai..Aku meminta bantuan dari ayah untuk aku meneruskan hidup bersama isteriku. Ibu sentiasa memberikan sokongan untuk aku memulakan hidup baru. Adik adik lelakiku bersama iparku bersepakat untuk membelikan aku sebuah rumah kos rendah bersama sama dengan sebuah kereta kancil dan memberikan pekerjaan kepadaku. Pekerjaan yang sesuai dengan lelaki seusiaku. Dimana harus aku letakkan maruah diri serta keegoanku sebagai seorang abang ketika ini. Kalau dulu aku dibebani dengan kedaifan.. kini aku dibebani oleh satu keadaan serba salah yang tiada kesudahan. Adik adikku sangat menghormati aku sebagai abangnya yang sulung. Permintaannya kepadaku ialah abang janganlah abaikan ibu lagi.
Janji dan sumpahku kepada adik adikku aku pegang erat dalam hidupku. Ibu tidak akan aku abaikan lagi. Kali ni dua tiga hari sekali aku jenguk Ibu di Kampung. Memandangkan adik adikku tinggal jauh di Kuala Lumpur maka segala kebajikan orang tuaku, aku yang bertanggungjawab keatasnya. Impian ku ingin berbakti kepada mereka sehingga nafas mereka yang terakhir. Aku sedar , walau sekuat mana pun usaha ku .. takkan berjaya sekiranya tiada restu dari ibu. Semakin jauh aku berlari meninggalkan Ibu semakin dekat wajahnya dalam ingatanku. Sudah berapa kali aku cuba memulakan hidupku yang baru.. tetapi setelah aku dekat dengan ibu barulah aku tenang. Aku sekarang bahagia dengan kehidupanku. Setiap hari aku memohon ampun dan meminta hidayah daripada Tuhan. Dan hampir setiap kali aku bersalaman dan mencium tangan ibu aku memohon ampun kepadanya. Bagiku dosa yang aku tanggung amat besar.. Kisah kisah silamku menghantui aku. Bagaimana aku hendak melupakannya.. kerana orang orang disekelilingku membuatkan aku merasa amat berdosa dan biasan dari kisah silam itulah yang terpancar kemukaku sendiri.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Begini jauh perjalanan yang harus aku lalui hanya untuk aku menilai kasih sayang seorang Ibu. Begitu berat beban yang harus aku pikul semata mata untukku dekat kembali kepadaMu. Sesungguhnya aku reda dengan apa yang telah Kau tentukan padaku. Aku bersyukur kerana Kau masih berikan aku waktu dan kesempatan untuk sujud dan bertaubat kepadamu. Aku bersyukur kerana aku masih berkesempatan untuk berbakti dan menebus kembali kesilapanku kepada ibu dan ayahku. Aku meminta kepadaMu.. Kau panjangkanlah usia kedua ibubapaku dalam keadaan iman dan kesejahteraan yang berkekalan. Amin.