~aku dan dosa~part 1~
December 31, 2009
Aku, Seorang lelaki … dosaku sebesar gunung.. Hampir kering air mataku memohon keredaanNya… namun hidupku sering dihantui oleh kisah silamku.
Kisah ini bermula selepas aku dilahirkan kedunia oleh seorang wanita bernama Ibu. Ibu hanya seorang remaja ketika dia dinikahkan dengan ayah. Masa tu ibu hanya tahu memasak dan membuat kerja kerja dapur. Ibu tidak pernah bersekolah dan sudah tentu ibu seorang yang buta huruf. Ketika bernikah usia Ibu masih 16 tahun sedangkan ayah sudah menjangkau 32 tahun. Ibu tak pernah kenal siapa ayah. Baginya, apa yang sudah ditentukan oleh orangtuanya adalah yang terbaik buatnya.
Ketika itu bumi Malaysia baru sahaja mencapai kemerdekaan. Bahang inflasi yang melanda bukan sahaja dirasai rakyat amnya tetapi juga oleh kedua ibubapaku yang baru mendirikan rumahtangga.. Selepas berkahwin, Ibu tinggal bersama sama orang tua ayah. Ayah pula bekerja di negara jiran membanting tulang memberi nafkah kepada keluarganya. Setahun selepas itu aku dilahirkan. Pada umur 17 tahun, Ibu gembira bukan kepalang dengan kehadiran ku. Sekurang kurangnya akulah pengubat sepi ketika ketiadaan ayah. Aku ditatang bagai minyak yang penuh dan dilimpahi dengan penuh kasih sayangnya.
Namun keindahan hidup hanya sementara. Ketika aku berumur 2 tahun, Ayah berselisih faham dengan orang tuanya. Kami bertiga keluar dari rumah itu dan berpindah ke kebun kepunyaan kawan ayah. Aku masih begitu kecil untuk mengingati keadaan ketika itu. Daripada apa yang diceritakan oleh ibu yang ada hanyalah pokok getah dan kawasan belukar. Dengan bantuan rakannya.. Ayah dapat menyiapkan sebuah pondok kecil daripada kayu getah beratapkan atap rumbia. Aku rasa rumah ayah mungkin yang paling buruk dalam kampung itu. Ibu tidak pernah mengeluh. Ibu tabah dengan apa yang ditentukan olehNya. Bagi ibu, aku dan ayah adalah segala-galanya. Dari situ, bermulalah kehidupan kami dalam keadaan yang serba daif. Ayah meneruskan pekerjaannya di negara jiran dan hanya pulang dua tiga bulan sekali manakala Ibu mengambil upah menoreh getah diatas tanah yang kami duduki itu. Selepas setahun kami tinggal dalam pondok buruk itu.. Kami dikhabarkan dengan berita gembira apabila Tuan punya tanah bermurah hati menjual tanah itu kepada ayah dengan harga yang agak murah dan boleh dibayar secara ansuran. Dengan simpanan yang ayah ada.. Kami berjaya mendirikan sebuah rumah papan beratapkan zink. Lebih besar daripada pondok buruk itu.
Ketika aku berusia empat tahun… aku dikurniakan seorang adik lelaki. Ayah masih lagi kerja di negara jiran.. dari apa yang ku dengar.. ayah bekerja sebagai buruh kontrak membina lapangan terbang Changi di Singapura. Ayah yang hanya pulang sekali sekala membuatkan Ibu seolah olah seorang ibu tunggal yang membesarkan kedua anaknya seorang diri. Aku biasanya ditugaskan menjaga adik yang masih kecil ketika ibu menoreh getah. Aku masih ingat lagi ketika itu adik terjaga dari tidur lantas menangis. Dan apabila aku bangun mencari Ibu.. Aku lihat ibu sedang menoreh dalam kegelapan malam menjelang subuh.
Umurku 7 tahun, aku bersekolah di sekolah rendah dihujung kampung. Walaupun hidup kami daif, Keperluan persekolahan ku agak mencukupi.. malah lebih dari apa yang kawan kawan ku ada. Bagi ibu, persekolahan ku yang paling utama. Biarlah miskin harta tapi kaya dengan ilmu pengetahuan kerana ianya yang akan mengubah kehidupanku kelak. Dalam kelasku, aku merupakan pelajar yang paling pintar. Bahkan dalam kelas mengaji Al-Quran pun aku yang paling cemerlang..Setiapkali hari penyampaian hadiah, Ibu tak menang tangan membawa hadiah hadiah yang aku dapat. Dalam aktiviti sukan pun aku turut menyerlah. Aku jadi anak kebanggaan orangtuaku. Manjadi sebutan orang-orang kampung. Pada ketika itu terbayang kepuasan pada wajah Ibu yang tak henti henti mendidik dan melimpahi aku dengan kasih sayang walaupun ayah tiada disisi kerana mencari rezeki. Anak ketiga ibu lahir selepas itu.
Pada umurku 13 tahun, aku dapat tawaran sekolah berasrama di bandar. Pada mulanya ibu agak keberatan kerana kesempitan wang. Namun setelah aku mendesak dan terus mendesak akhirnya ayah dapat mengadakan wang yang cukup untuk membiayai aku kesekolah asrama itu. Gembiraku tidak dapat kukatakan. Ayah menghantar aku bandar membeli kelengkapan asrama ketika mendaftarkan aku disekolah itu meninggalkan ibu dan kedua adik-adikku di rumah.
Dalam asrama barulah aku dapat merasakan yang betapa miskinnya aku. Banyak keperluan yang tidak dapat aku adakan sedangkan kebanyakkan rakan rakanku mempunyainya. Ketika itu timbul perasaan tidak puashati dengan orang tuaku. Aku menyesal kerana dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Setiap kali hujung minggu aku pulang dan meminta duit dari Ibu. Ibu sanggup bergolok bergadai mengadakan duit untukku. Walaupun sedikit jumlahnya, aku tetap berpuas hati daripada tak dapat langsung. Keseronokkan hidup jauh dari kedua orang tuaku membuatkan aku terus hanyut. Aku jadi lalai dan mengabaikan pelajaranku. Asal usul dan tujuan utamaku kebandar sudah aku lupakan. Berkawan dengan golongan berada membuatkan aku malu untuk mengakui keadaan orangtuaku di kampung. Aku menjadi liar. Menghisap rokok dan sekali sakala mencuba ganja dan ia terus menjadi lumrah dalam hidup remajaku. Akhirnya keseronokan hidupku diasrama sampai ke penghujung apabila keputusan SPM ku hanya mencapai gred 3. Aku tidak dapat kemana mana dengan keputusan yang setaraf itu.
Selepas alam persekolahan, aku jadi kutu embun dikampung. Aku tidak bekerja, hanya makan minum tidur dan melepak dihujung kampung. Sekali sekala ayah menegurku tetapi langsung tak kuhiraukan. Adik adikku yang sedang bersekolah juga tak pernah aku ambil peduli. Ibu masih seperti dahulu membanting tulang untuk menyekolahkan adik adiku. Ayah bagaikan sudah serik denganku, Adik adik ku tidak disekolahkan ke bandar walaupun mewarisi keputusan cemerlang dalam persekolahannya.
Aku sudah mula bergaul dengan golongan sakit dalam kampungku. Sakit merupakan istilah untuk penagih dadah bagi orang kampung. Lama kelamaan aku turut terjebak dalam kancah dadah. Kalau dulu aku setakat jadi kutu rayau.. aku kini jadi penagih dadah pula. Orang tuaku mula menerima akibat daripada perlakuan aku. Kejian dan kutukan terus dilemparkan oleh masyarakat kampung. Segala kecemerlangan persekolahanku yang hebat diperkatakan suatu masa dahulu sudah dilupakan. Dari anak yang dibangga banggakan akhirnya aku jadi anak yang menconteng arang ke muka orangtuaku.
Ketika Ayah pulang dari perantauan.. Aku dimarah cukup cukup oleh ayah. Ibu hanya menangis memujuk ayah supaya jangan terlalu berkeras denganku. Aku tak tahan lagi. Perasaan marahku yang membuak buak mendorong aku keluar dari rumah itu sehelai sepinggang. Dan saat itu aku bersumpah dihadapan ayah yang aku tidak akan menjejakkan kaki lagi kerumah itu. Ayah tergamam.. Ibu pula meraung raung ketika aku berjalan meninggalkan rumah. Langsung tidak aku toleh kebelakang lagi. Aku sudah nekad….
~berakhir sudah sebuah cinta~
December 31, 2009
Semuanya bagai mimpi..datang dan pergi silih berganti..namun yang hanya tingal adalah kenangan..yang amat pasti tidak dapat ku lupakan..dalam hidupku..sebagai insan seorang yang bernama kekasih..ku cuba untuk mengejar masa agar ianya pantas untuk menggapai bahagia..namun aku tiada punya kuasa..ku cuba untuk setia..mengapa aku pula disalahkan selepas semuanya berakhir..sudah tiada cinta..sudah tiada kasih..sudah tiada sayang..sudah tiada pengorbanan..sudah tiada kepercayaan..sudah tiada apa..yang berbaki hanyalah secebis nyawa yang mampu hidup untyk menruskan cerita..tiada apa boleh diubati malahan amat payah untuk sembuh..dan akhirnya usaha yang bertahun diharapkan tinggallah hanya untuk menuju jalan mati..maafkan aku..seandainya aku yang bersalah..hukumlah aku hingga ke akhir hayat..sekiranya engkau pasti aku yang meminta perpisahan..aku tidak bodoh untuk meneruskan kisah yang duka..hanya sia-sia tanpa rasa apa-apa…maafkan aku…aku benar-benar buntu…
~kebahagiaan yang pergi~
December 31, 2009
Telah berusia 5 tahun..tidak dapat dinafikan usianya..namun kebahagiaan pergi dan terus pergi..tahun baru menjadi saksi pemergian itu..walaupun sukar untuk diganti..apakah suatu hari annti akan terbitnya suatu sinar kehidupan yang belum pasti menjanjikan kebahagiaan..siapa yang pergi dan dengan apa untuk diganti..suatu persoalan yang seakan tidak perlu dijawab..kerana jawapan itu tiada..akukah yang akan menagung derita ataupun kau yang menangung siksa..air mata yang mengalir adalah suatu pembohongan sekiranya kebencian melakukan setiap perkara yang dibenci dibiarkan berlaku..tak perlu mengalirkan air mata untuk sesuatu kesalahann yang engkau sendiri mulakan..air mata itu tak mampu nak meredakan hati yang musnah dengan kata-kata yang engkau ibaratkan seperti tiada apa-apa.. layakkah aku dipangil seorang pelindung..bahkan orang yang aku juga seakan memperlekehkan sesebuah kejadian..hati ku menangis lebih daripada air mata..tetapi tiada siapa yang tahu..semuanya masih belum terlambat andai ada ruang untuk bersama..sampai bila??????????..sampai aku kembali menjadi patung yang dikeji dan dihina???..sudahlah..engkau tak perlu sedih dengan semua ini..engkau tak perlu teruskan hasrat tujuan yang engkau impikan selama ini..tidak perlu..dan tidak perlu untuk selama-lamanya..engkau masih ada tujuan yang engkau inginkan selain daripada aku..tak perlu kau toleh kebelakang menunggu saat-saat aku akan kembali..teruskanlah berjalan..kau akan sampai tempat dimana apa yang engkau harapkan menjadi kenyataan..dan disitulah engkau perlu kembali bermain semula..tiada apa-apa yang mampu aku berikan..walau sedikit kebahagiaan pun..tiada apa..dan tiada apa..
semalam menyaksikan pertengkaran yang amat pedih untuk 5 tahun..engkau tidak perlu berbohong dan engkat tidak perlu meyakinkan pembohongan engkau..aku tidak layak dipanggil seorang kekasih..tetapi aku hanyalah persinggahan kau untuk kau terus berjalan..aku tiada apa-apa..langsung tiada apa-apa..fikirkanlah sama ada kita perlu bersama.. ia akan memeritkan keadaan..kau terasa..aku terasa..kata-kata pertama adalah kata-kata yang ikhlas dari bibir mu..kau ingatlah ucapan ini agar kau tidak lagi mudah untuk melemparkannya….
31 December 2009 (Tahun Baru Yang Tidak Menjanjikan Apa-Apa Melainkan Kesedihan)
Amirul84
~My Work oh….My Work~
December 27, 2009
Penat jugak aku sekarang nih…blog pun dah lame tak update..nanti lari pulak semua follower blog aku..maaf ek semua nyer..sebenarnya tak ade ape-ape pun yang aku nak cakap..novel yang aku buat pun belum siap lagi…banyak perkara yang nak dibuat lagi..kerja..kerja..dan terus bekerja…aku dah penat..tu saja ungkapan yang boleh aku katakan..terlalu penat dan terlalu sibuk nak berkerja..rasa give-up pn dah ade sekarang nih..banyak kerja x ape tapi yang penting biarlah karja yang dibuat itu adalah skop kerja kite..ni tidak..kalau aku ni dikerat 18 belum tentu kerja yang orang atas bagi boleh aku selesaikan..macam tak ade orang lain je kat office nak buat kerja…bukan nak mengeluh tapi its unfair..how can one large company manage their team like this..that really – really unfair..but who care? my boss, my GM..oh my good im so tired..please help me..don’t push me until i leave tat company…